Sila la pegi. Saya tak mampu nak bersesak-sesak. 

Besok je la. Bai. 

*edited: Rupanya poster tahun 2008. haha. diri sendiri tertipu jugak. 

Sekian, Kamsahamida~

Does anyone know which shopping complex will having midnite Merdeka Sale?

Sunway Carnival
Or Jusco Perda
Or Queensbay Mall
Or Gurney Plaza?

Nak shopping untuk diri sendiri, tapi tak dapat the exact dream body figure yet, so shopping households la jadinya…;(

Pengajaran: Make sure to achieve your dream body figure before 31st August supaya boley shopping dengan tenang pada midnite sale tersebut.

Sekian, Kamsahamida~  
Sesungguhnya terdengar lagu raya dari radio lebih bermakna dari mendengar dari mp3 yang telah di download. No offence, mp3 hardcore sekalian, tapi feeling tu lebih excited lagi bila something tu coincidence. Mp3 raya bila-bila boley didengar, tapi nak dengar lagu raya keluar kat radio, time-time nie je ade, no?

Sekian, Kamsahamida~
Browsing thru their facebook reflects my hand to promptly place the order during my return to Kuching last week. Their tag, "We might be ugly, but we sure are tasty!" seriously undeniable! OMG, Superb! 

Benafe Pie: (A wicked twist on the classic Banoffee Pie)
Caramel filled shortcrust pastry topped with bananas, whipped cream, almond flakes and chocolate curls


Several mix up of Eclairs 

Gone Banananuts - Banana, caramel and chocolate creme filled eclairs

Cookies and Cream - Cookies and cream filled eclairs

Elvis Presley - Banana and peanut butter filled eclairs


Cookies and Cream 


Perk Me Up 


Elvis Presley


Order from Wanie tru facebook: 

Add her, and place your order. 100% satisfaction guaranteed! 

Moreeeee food coming. ;p 

Sekian, Kamsahamida~


Blog tidak berupdate kerana yours truly telah betapa di Kuching terchenta bertemu ibu bapa dan saudara. And setelah gemuk kembali ke Kulim, masih tak dapat menerima hakikat bahawasanya tahun ini tidak balik raya di Kuching. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Btw, pagi tadi dengar dekat berita HotFM yang Rozita Che' Wan kata die nye hari raya tahun ini akan menarik sebab dier ade 30 pasang baju raya. 30 hokey, 30! 

Well, well, sebab she IS Rozita Che' Wan okay! What do you expect?

Sekian, Kamsahamida~

FurFLe NoTes: Saya.tiada.baju.raya! 


Asyik makan nasik lauk setiap hari pun buhsan jugak. Tukang masak ni pun macam dah tak tahu nak masak ape. So dengan tidak semena-mena terus rasa nak makan western and so I decided to prepare a 5 course meal for our iftar.  

The set consists of: 

 Fried Spaghetti


Grilled Salmon with Black Pepper sauce 

Spicy Fried Chicken 

Mashed Potatoes 
&
Grilled Beef Steak with Black Pepper sauce (argh, i forgot to take the photo!)



I planned to have 7 course meal at the first place,-cheesy macaroni and boiled cheesy sausage have to be removed from the list; To prepare this is not that easy especially when you only have 1 hour to cook everything from unpeeled onions, every weekdays!   

Recipe? Too easy kot nak buat, tapi leceh la sebab kena masak satu-satu and gravy tu kne hidang panas-panas baru mantap. And banyak kuali and periuk kena basuh. So i just share my mashed potatoes nye recipe ye? 

Ingredients: 

For the potatoes: 
Potatoes
Evaporated Milk/Fresh Milk 
Butter 
Salt 

Gravy 
Corn Flour 
Chicken Paste (Cube) 
Grinded Black Pepper  
Plain Water  

Cara membuatnya: 

1.Potatoes direbus sampai empuk. 

2.Toskan di luar dan panaskan periuk tadi 

3.Cairkan butter dan masukkan potatoes yang sudah direbus tadi. 

4.Lenyekkan macam lepaskan geram dekat kucing kesayangan dan masukkan susu sikit demi sedikit dan garam. 

5.Apabila kentang sudah sebu dan melekat kental macam dough biskut raya, tutup api dapur dan mulalah memasak gravynya. 

6.Gravy tu masak je macam buat sup jagung.   

K, dah gemuk laki bini. Macam mane lah nak pakai baju bersanding kahwin lagi sekali lps raya nanti ye? Hmmmmm. 


Sekian, Kamsahamida~



*Updated with recipe

Japanese style sebab ada Japanese taufoo ni je dengan ikan Salmon. Ni sebab tengok drama korea and nampak dieorg makan stew soy soup makan dengan nasik panas-panas dalam mangkuk. Terus terasa nak buat. Last year pon teringin jugak sebab tengok drama yang sama. (-_-)"

My all time favorite dari kecik-Japanese taufoo with button mushrooms 

Perlu ke share resepi? Masakan simple je ni, tapi leceh sebab i goreng dulu taufoo tu before buat kuah neh. 

Buttermilk Salmon, resepi sama macam buttermilk prawn tu, tapi prawnn jauh lebey sedap sebab aura udang tu bila dimasak dengan butter dan daun kari lebih chemistry. 

Sambal potatoes. Orang kata kalau banyak makan potatoes, bontot jd besar. Yeker? 

Makan Japanese food haruslah dalam mangkuk jugak. =D Tapi still pakai sudu garpu lagi la. Heee. 

Resepi ini nak didedicatekan kepada Cik Aanna sebab beliau menelepon guwe berkali-kali petang semalam sebab nak resepi masak ni, tapi guwe tak angkat sebab tgh rushing ke aport kejar flight yang akhirnya menyebabkan beliau tak jadi masak taufu jepong untuk berbuka sebab tak jumpa taufuu ada tanda halal. Fuh, explanation!  Ampun Aanna, ampun oi!


Ingredients:
Taufoo
Tauhu Jepong 2 bungkus ada tanda halal
Telur 2 bijik kalau saiz kecik, 1 bijik cukup dah untuk saiz besar
Tepung Gandum sesudu. 

Gravy: 
Bawang putih 2 bijik (bijik ye, bukan ulas, means guna bawang putih yang banyak)
Cendawan Butang 
Sos Tiram 
Lada sulah 
Black pepper 5 bijik kecik 
Garam 
Bancuhan tepung jagung, sikit je, jangan banyak sgt! 
Telur 


Taufu:
 
1.Beli taufoo telur yang ada tanda halal
2.Potong taufoo bulat2 dan tebal macam 1.5cm. 
3.Celupkan dalam telur yang telah distir dengan sedikit tepung. 
4.Gorengkan secara deep fried sampai kekuning-kuningan. 
5.Angkat dan toskan. 

Gravy: 

1.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih yang sudah diblend. 
2.Masukkan cendawan butang yang telah dipotong nipis dan kacau selama 2 minit. 
3.Masukkan air, 1-2 sudu sos tiram, bijian black pepper yang telah ditumbuk, lada sulah sikit dan garam. 
4.Kacau lagi dan masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh untuk memekatkan kuah. 
5.Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau sehingga masak. Masukkan tauhu yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. 
6. Untuk memeriahkan masakan, boleyla dimasukkan kacang peas (tak tau sayur atas tu nama apa)



Oh, saya suka! 

Sekian, Kamsahamida~ Arigato Gozaimasu~





Entry k urang Sarawak, so nulis dalam bahasa kita jak lah. 

Biskut raya for grab! Khas untuk warga Kuching yang sempat grab. ;)  

Hazel Oat
-a crunchy combination of Hazelnut, oat and topped with chocolate and Nestum sprinkled.  

Tiramisu
-For coffee addict. Sapa pernah beraya di rumah kamek tahun lepas sempat la merasa nak oo? 

DeLaila Cookies 
-Kombinasi cornflakes, kuaci putih dan koko. Nyaman... kamek suka!


Yana Cookies
-Ada bubble rice and chocolate chip. Rangup and kompom abis mun dicerik sikit-sikit. Semua maok! ;p 

Biskut Sedap 
-What can I say, mun sik nyaman sik la nya merik nama nya gya nak?  

Butter Almond 
-Nampak cam biasa jak biskut tok o? Tapi iboh ditangga pada rupa, seriously nyaaaaamannnnn. Nama pun butter almond. Crunchy and sepo at the same time. 

Tat Nanas Gebu 
-Ya allah, tart tok nang nyamannn la. KEdak ulat mulung nya kali, lemak-lemak and sepo. Ya baruk nyaman. Jem nya pun sik memuakkan and ngap skali dlm mulut boley ditelan. Cair dalam mulut nya tok. Kamek dik pun dah meli juak k embak balit Johor. Yah.. tat nenas asal Johor tapi tart tok paling nyaman!  

Croqant Corn 
-my super favorite! Iyerdeh nama canggih, rupa sik kacak, tapi nyaman gilakkkkkkk sampei kamek duak laki bini dah ngabis sebalang. Maka k jual, yalah susah mun penjual nya pun PENCINTA MAKANAN! =D 


K, ya ajak. Stock very very limited aa. Silalah ke PUSAT KECANTIKAN ASZA untuk membeli untuk dicerik time bukak posa. Sale start on Saturday, August 21! First come first serve basis. 

Pusat Kecantikan Asza sebelah Boston Cake House, sederet ngan bangunan ASSAR. Ada bangunan CELCOM rah seberang jalan nya. Mun sesat, contact jak kamek.  

Ok, Sekian Kamsahamida~




My umi texted all her ASZA's daughters and son yang di perantauan on the first day of Ramadhan;

"salam anak2ku, menjelang ramadhan hari ini rindu rasanya berbuka puasa bersama2. teringat dgn masa2 yang lalu terutama masa kamu semua kanak2, berebut2 jak makan..hehe..sedihla 3 orang je kat rumah ni.."

T_T Sedey okay, kalau Kuching tu dekat macam Penang-Perlis, memang setiap Jumaat balik untuk berbuka temankan parents di sana.

Terasa wah.! Sudah besar dah kami sekarang dan cepatnya masa berlalu. Adik beradik ade 6 orang, tapi 4 orang semuanya di Utara ni-Perlis-Kedah-Penang. 2 orang je tinggal kat rumah, a brother and a sister. Adik perempuan tu travel memanjang je keje je dek kerna tuntutan kerja.

Yes, dulu kecik-kecik memang selalu berebut makanan especially time berbuka puasa ni. Kalau beli kuih perahu, apam ayu, kuih tako, celorot, mahupun kebab, memang kena beli 6 bijik. Selalu jadi masalah sebab zamam dulu kan kalo beli 5 RM1. So tak cukup 1 dan itu akan jadi isu, kena lah beli RM2 bagi cukup sorang satu termasuk umi dan abah. Pinggan akan siap2 diletakkan atas meja dan makanan dibahagikan dengan adil. Sape yang makan extra memang kene lah dengan muka tak puas hati adik beradik yang lain. Heh.

Kalau beli jelly, air vitagen or junk food yang lain pun sama. Siap kena label lagi siapa punya bila masuk dalam peti ais. Kalau makan potato chips tu kena tunggu semua ada baru bungkusan tu boley dibukak, just to ensure semua merasa even pon sedikit. Pastu akan bergaduh bila dah habis and tuduh menuduh sape ntah yang makan paling banyak. Sejak itu memang tanam dalam hati, nak earn duit banyak-banyak and beli banyak-banyak potato chips bila dah besar nanti supaya boley makan puas-puas sorang.

Sekarang duit dah banyak and mampu beli lebih dari tu, tp nikmat makan potato chips or kuih muih or jelly or air vitagen tu dah tak sama macam dulu. Sebungkus tu memang tak larat nak abis sorang-sorang, sampai 2 minggu terbiar. Kalau check rumah di Kuching sana pun makanan super banyak memang sampai ke sudah tak de sape nak sentuh sebab semua tak de. Umi dan abah pun bukan nya makan sangat benda2 mengarut tu, just nak mengharap anak-anak balik rumah memeriahkan Baitul Asza. Tunggu cuti sem je la baru ramai2 ade, tapi yang dh bekerja memang tak leh nak berjumpa dah macam selalu. Oh, sedih dan sungguh rindu zaman kecik-kecik.

Kalau korang rindukan saat bersama adik beradik, parents anda berjuta kali ganda rindunya dengan korang. Sape yang rumah dekat tu, baliklah teman mereka berbuka. Siapa yang duduk jauh2, time Airasia buat promo RM1 tu, sila-sila lah beli tiket balik puasa untuk tahun depan. =)) Maybe dieorg tak cakap diaorg rindu, tapi sebagai anak, pahamilah hati mereka. Bagi yang duduk dengan parents pulak, jangan sibuk nak berbuka di luar dengan rakan-rakan, germbirakanlah mak bapak anda dulu. Family comes first ok?

Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id sesungguhnya Allah berfirman: “Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira."


Kalau mak ayah kita terasa pilu bila berbuka sebabb terkenangkan kita, tak rasa bersalah ke bila kita sibuk berbuka dan bergembira makan buffet mahal-mahal, terutama di hujung minggu?

Sekian, Kamsahamida~


 

Disclaimer: PurPLe Lady tidak akan bertanggungjawab ke atas kenaikan kolestrol dan berat badan anda terutamanya kesan dish ini. 

*Not for weight watchers and those who're in diet program.

Latte burro di gamberetti


Ingredients:
Udang  sekilo dua
Minyak masak untuk menggoreng udang
2-3 sudu besar butter
1 biji Bawang putih (lebih pun takpe)
1/2 ulas Bawang merah
Daun Kari
Susu cair dalam 2 cawan
Susu tepung 3-4 sudu besar 
1 atau 2  biji Telur


Dihidangkan bersama sayur paku, kek belacan@cadbury di belakang sana.


Cara membuatnya: 

1.Panaskan minyak dan goreng udang tersebut secara deep-fried. Sesudah masak, angkat dan toskan hingga kering.

2.Panaskan butter, dan tumis bawang yang sudah diblend dan daun kari sehingga naik bau.

3.Masukkan susu cair dan susu tepung dan gaul sehingga rata.

4.Pecahkan telur dan masukkan sedikit garam dan gaul hingga rata. 

5.Akhir sekali, masukkan udang yang sudah digoreng tadi, ratakan sampai gravy menjadi pekat dan siap untuk dihidang.

This is my personal favorite sebab rasa yang lemak berkrim nyum-nyum. Even saya allergic dengan udang, saya akan nyot-nyot dekat kepala udang semata2 nak makan gravy tadi. 

Wajib try sekali jeeee. Kekasyfi Hati request masak ni hari-hari tapi MIL tak bagi dah masak ni, takut kolestrol infiniti. =/



Sekian, Kamsahamida~

    
*Got this forwarded by my abah and i think i should share it here.*








WHY???





Sekian, Kamsahamida~ Wassalam


 
Kuih muih atas pinggan cina tradisional. Lembut di atas, tapi tegap berdiri. Meleleh-leleh toppingnya. 



Nama saya Seri Muka yang gemuk dan lemak berkrim. 



Saya pulak Tepung Talam Durian, Maaflah Durian Cheesecake Secret Recipe, you're no longer my favorite Durian Cake.



Oh my god, ini sumpah sedap. No recipe sebab saya pun beli dari Kak Ruby tepung talam dekat Bazaar Kilang Lama di Kulim. Memang sumpah terbaik yang saya pernah makan. I looooonngggg for it!  

Sekian, Kamsahamida~ 


 Never tried this recipe before, but my sister cooked this dish during a cooking competition in her school back then and she won it! So we've decide to give a try for our Ramadhan's break fast.



Ingredients:
Ayam yang dilumurkan dengan serbuk kunyit dan serbuk garam
Minyak masak untuk menggoreng ayam
Butter untuk menumis
Bawang merah
Bawang putih
1-2 biji cili
Sebatang serai
Sedikit lengkuas
Sedikit halia
1/2 biji Carrot yang diblend
Pes tomato
Susu cair
Garam
Gula


Cara membuatnya:
1.Goreng ayam secara deep fried, tapi jangan sampai garing.
2.Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili yang sudah diblend menggunakan butter tadi.
3.Masukkan serai yang sudah dititik dan carrot yang sudah diblend tadi.
4.Sesudah naik bau, masukkan 2-3 sudu besar pes tomato, susu cair setengah cawan, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5.Masukkan perasa seperti garam dan gula mengikut instinct anda (sebab puasa, huhu).
6.Akhir sekali, masukkan ayam tadi, gaul sehingga sebati dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat. 

 





Try la, menyelerakan apabila dimakan dengan telur masin yang digoreng dengan telur biasa. Kalau rajin, buat nasi tomato pun boley dengan acar nenas. Oh, terus rasa nak buat nasi tomato lak.

Sekian, Kamsahamida~



First time of our sahur berdua-duaan, sejak dari zaman bercinta tak pernah buat. 1 day ramadhan pun tak as previously my bro and sister were here, spending their 5 days holiday together with us.  Sekarang dah sunyi dah rumah, hanya Zerro dan Mika. 

Nasi Lemak Berderai-derai dan Sambal Udang Kering


Ingredients untuk Sambal Udang Kering:
1 biji bawang merah untuk diblend
1biji bawang merah dipotong mayang
1-3 biji cili
10 biji cili api mengikut tahap ketebalan lidah anda
Segenggam udang kering untuk diblend
Sesudu besar udang kering bukan untuk diblend 
Sedikit belacan
3-4 sudu besar cili giling
Setengah cawan air 
Garam

Gula

Cara membuatnya:
1.Tumiskan bawang merah, cili, belacan yang sudah diblend tadi sehingga naik bau.

2.Masukkan bawang yang sudah dimayang dan udang kering yang sudah diblend. Kacau seminit-dua.

3.Masukkan sedikit air, cili giling, udang kering yang tidak dikisar, garam dan gula.

4.Kacau rata sehingga sambal menjadi pekat.

Ouhh, Encik Kacang tak ade. 

*Masak nasi lemak secara berderai-derai, rebus telur, goreng ikan bilis dan potong timun.

Kami makan nasik ni ketika bersahur sambil minum kopi O panas. Oh, classic.

Sekian, Kamsahamida~