There's something about PL.

Tagged 1 by Muney

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup kamoo?
$$$$$$$$ DUIT, FAMILY dan KAWAN-KAWAN

2. Benda yang terakhir kamoo beli guna duit sendiri?
Pizza Cheesy 6 tu, Regular dan saya makan semua nya sorang-sorang. Sekian.

3. Di manakah tempat kamoo ingin melangsungkan perkahwinan dan tema?
Tak sesuai laaaa soklan ni. Dah kawen dah pon. Tapi memang nak kawen dekat Galeri Pustaka tu and tema Purple seperti diidamkan.







4. Adakah kamoo sedang bercinta sekarang?
Aaah, bercinta dengan husband sendiri.

5. Berapa lama kamoo akan mencintai kekasih kamoo?
Adui, soklan! Sampai bila Allah bagi perasaan cinta terhadap suami saya, sampai itu la saya akan mencintai dia, insya allah. Echey.

6. Novel/ buku/ majalah yang terakhir kamoo beli?
Majalah Pengantin, walaupun saya dah kawin.

7. Apa nama penuh kamoo?
Siti Purple LaDy Aifa Zafirah bte Ahmad?

8. Antara mak dan ayah mana yang kamoo lebih mesra?
Nak Mak ayah ke umi abah?

9. Adakah kamoo basuh baju sendiri?
Aaah, tapi kalau tak sehat hubster yang cucikan. =p

10. Bila tarikh lahir kamoo dan kat mana kamoo sambut tahun lepas?
19 March. Tao Restaurant, Old Town and TGI Friday. Treats by friends and fiance. Eh,kenapa nak kena  taun lepas? Taun ni x boley ke?

11. Bagitahu tiga perkara tentang orang yang tag kamoo?
Die keje as Photographer, Engineer dan Driver cum Nanny.
Die baru beli kereta baru.
Die nak kawen daa. Haaaaaa! 


Tagged 2 by Kak Nana 

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
- Cheese, cheese, cheese. Name it, semua tahu saya pencinta Cheese. Kalau pegi Pizza, Cheese Powder tu bokey habis sebotol.
-Donutsssss! Beli sedozen pon I boleyu habiskan sorang-sorang.
-Obor-obor~ Uhhh, teringin lak.
-tibatiba nak tambah satu. Macaroons! Sekarang addicted gile. Mane nak carik kat Penang ni? 



  
2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?
- Air Suam
-Limau Kasturi Afiera sedap masam-masam

3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
-Alamak, semua tersebut I sukaaa sangat.Tapi tTop 3 would be Japanese, Arabian, Malay or Western, Italian, Chinese? Ouch~ 




4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
-Haha. Kalau jawab macam syok sendiri je. Bihun goreng? Sambal nasi lemak? Err.
  
5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
-RM98 per head. Buffet dinner dekat Park Royal. Mahal wokay, sumpah tak mau pergi dah, kecuali kalau free.

6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
-Kapitan Keling, Butter Chicken supper yummy. Sapa datang Penang harus try!

7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yg korang suka?Kalau korang ada suka yg lain, tapi aku tak list, bgtau aje la.
-Kambing fresh dari Kampung Pelet yang di marinate bersama black pepper dan dipanggang dengan arang keluarga Chuah. Terbaik!


8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.
Uuu, malu I.  Restoran Andaman 2! Bukan fancy restaurant pon tapi restoran tepi sawah kat Perlis tu, sedap~ I makan nasi goreng ikan masin, dia makan nasi goreng kampung. Minum limau suam dengan the o panas! =D  Tapi dating ke ek time tu? Rasanya just sesi pertama makan berdua tanpa diketahui sesapa. Pergi makan tu pun lepas balik dari lab IC Design. Ngeh ngeh. 

Ni kami pergi after konvo bersama family masing-masing. First time taaruf family at our first date place. =)


9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?
-Ikan masak tiga rasa sebab MIL selalu kata, ni makanan favorite Eppi, belajar la masak nye…. BAEK MAK!
  
10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu hidang apa?
-Depends ngan rumah mana yang di pegi. Sebab masing-masing ada dish specialty masing-masing kan.

11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
-Meh jap nak pikir. Ulat mulong, boley?
  
12. Menu raya paling disukai.
-Kuah kacang, kari ayam ngan nasi ujan panas umi, ketupat daun, lepat and burasak mak, and lauk-lauk raya yang lain yang semuanya sedap-sedap belaka.

13. Jajan/Cikedis favourite?
-Seaweed hot and spicy, potato chip perisa tomato, super ring hebat, super ring yummy!

14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?
-Bihun belacan dan mee kari!

15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
-Kerepek buatan mak ty! Pedassss gila tapi super sedap oi. Makan sekeping minum segelas air, tak sampai sejam dah masuk tandas, and pedas dubur. huaaahuahua.
  
16.Korang kalau jumpe org yg tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?
Sushi boley ke Kak Nana? Tapi tunggu lps die bersalin dulu la.. =)


Sekian, Kamsahamida~


3 doll(s) whispering:

nanaruzana said...
October 27, 2010 at 12:53 PM

xmo...nak bihun goreng ngan nasi lemak spt yg tertera pada jawapan no4..

cik selamah kundang said...
October 27, 2010 at 1:38 PM

gila mahal park royal punya buffet.sampai 98ringgit.boleh makan 2 kali seoul garden dah.

tak tau macaroon kt penang dimana.try google jumpa ni ja

http://glutton-island.blogspot.com/2006/01/round-up-hay-hay-its-donna-day-2.html

Liza said...
October 27, 2010 at 10:11 PM

alamak, byk nyer gambo makanan, lapo nie