Belanjawan 2011- Something that you might need to know.

Some of intipati belanjawan 2011 yang I rasa might interest us sebagai rakyat biasa. 

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. 

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang. 

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam. 

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. 

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. 

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan. 

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta. 

Highlighted adalah berita gembira and maybe ada related untuk saya. Kalau barangan import WANITA di-duty free kan, mari kita shopping LV and Coach banyak2. Hp pon murah la lepas ni. =)

Tapi Skim Amanah Hartanah Bumiputera & Skim Rumah Pertamaku tue, khas untuk government servants sahaja ke? :s 

Sekian, Kamsahamida~

*Source:Berita Harian.


5 doll(s) whispering:

ezzati said...
October 15, 2010 at 10:51 PM

jom beli LV..ngehngeh

Liza said...
October 16, 2010 at 9:01 AM

trus terbayang, tak payah ler beli handbag kirim from kawan dari oversea ;)

Aida The Pink Goddess said...
October 16, 2010 at 11:27 AM

service tax nait, sik best.

che fara a.k.a fanadz said...
October 16, 2010 at 5:46 PM

pemansuhan duit import dan cukai telefon bimbit paling menarik hati saya..:P

cik selamah kundang said...
October 17, 2010 at 1:19 PM

semua menarik hati untuk pompuan2.tp ntah la nk beli ke idok.hahaha