Air Mata Syawal PurPLe LaDy

Seronok sebab beraye di kampung as memang first time dalam hidup beraye di desa ala-ala dalam lagu raya tue. Kami sampai kat kampung Kekasyfi Hati a day before raye, so banyak la persiapan raya nak kena buatnye. Persiapan raya kat sini sederhana je, tapi meriah itu pasti ada. Hari paling sibuk haruslah hari sebelum raya tu, di mana mak sibuk membuat lepat, ketupat, masak rendang, sambal goreng, kuah kacang dan beraneka lauk lagi. Saya tolong kupas bawang and ikat berasak je. (korang tahu ke berasak tu ape? Haha)


Ini la berasak ye. Nyum nyum!


Mak sangat concern and siap tanye, nak masak ape-ape tak untuk raye? Selalu umi awak masak ape? Dia nak saya tak rasa sedih, tu yang die berusaha nak masak macam-macam. Last-last kari kambing and kuah kacang adalah extra juadah di raya ini sebab tahun sebelumnye idak adenye mende2 cenggini di rumah Kekasyfi Hati. Lemang je tak jumpe kali ni. T_T


Malam before raya kami buat party bbq kat laman and berjaya membakar arnab-arnab, kambing-kambing, ayam-ayam dan lembu-lembu. Saya tolong tengok sahaja sebab kakak ipar yang memeng hebat dalam part2 mcm ni yang tolong segala. Saya just tolong masukkan kuih-kuih raya dalam balang, potong kek-kek lapis yang saya buat khas untuk family mentua dan lepas tu masuk tidur untuk kesegaran muka di pagi raya.


Raya Pertama

Bangun awal dari biase sebab nak berjemaah subuh dan bermaafan dengan tuan kekasyfi hati. Kalau bermaafan dalam bilik syok skit(atas nasihat kak biena), leh drama-drama lebih-lebih. Kemudian, bersiap untuk raye pagi tue, bermaafan dengan semua ahli keluarga, then sarapan. Tak lama kemudian, rumah di kampung itu pun dibanjiri dengan sanak saudara dan bermulalah tugas menantu menolong apa yang patut. Lepas reda sikit, dalam lepas zohor baru berkesempatan nak pergi beraye di rumah sanak saudara di Pontian tu.


Raya Kedua

Bangun pun lambat sebab tak tahu plan family hari tue. Rupanya family besan mak nak datang, so kakak bertungkus lumus menyiapkan juadah segala. Dah petang tibe-tibe tak jadi datang pulak, maka kami dirumah pin berhempas pulas menghabiskan makanan yang banyak tadi. Ada sup tulang woh, super favorite saya tuh!


Raya Ketiga

Hari ni barulah tetamu yang tak jadi datang semalam tu datang berkunjung. Tolong ape yang patut and lepas mereka beredar, dah desak tuan Kekasyfi Hati bawak saya pergi beraya. Finally, berjaya jugak beraye and first time la ni kami beraye berdua. Singgah kat Batu Pahat kat rumah makcik-makcik dia and plan nk ke Yong Peng tidak jadi sebab tersesat dan tersesak dalam jammed yang teruk kat Ayer Hitam. Kecewa, maka terus balik Pontian dan mencari hotel untuk penginapan family saya untuk majlis kahwin minggu depan.

 
Raya Keempat

Masa untuk bergerak balik ke Kulim. Singgah beraye di Yong Peng jap kat rumah makcik Kekasyfi Hati, makan kenyang-kenyang and sedap, then baru bergerak balik menuju ke Kulim.

 
Dah, itu sahaja cerita raya saya. Hidangan hari raya di Johor memang terbaek la! Sedap and pedas segala. Baru je dapat berat badan ideal before ke Johor aritue, lepas raya terusssssssss haih!


1 Syawal


Dengan Nek Paet


Syawal 2


Syawal 3


Syawal 4


Syawal 4, itu Nana adik bawah I.


Syawal 5


Syawal 6

Ok, semua gambar raya tahun lepas.




Gambar raya tahun ni memang sekeping pun tak amik sebab busy jadi menantu menolong apa yang patut. Cet! Kalau cousin-cousin ade gambar saya yang terselit-selit, boley la kot nak share. Tolong ye. =D


Eh lupa lak nak bangga, saya tak nangis langsung woi. So, no Air Mata Syawal even tak raya di Kuching. Heee.



Sekian, Kamsahamida~
 

4 doll(s) whispering:

cik selamah kundang said...
September 17, 2010 at 4:03 PM

takpa.minggu depan masih sempat beraya.hehe.

RHEA said...
September 17, 2010 at 4:08 PM

pontian ker? area mana e? npe tak btau awal2.. kalau tak, leh kita jumpa raya haritu..

mesti kerabat bugis ni.. sama lah kita..

nanaruzana said...
September 17, 2010 at 5:08 PM

bukan name die burasak ke???aitu akak ade teringin gak nak makan...then derang sume kate "dah tadek sape yg pandai buat dah"...saye sedeh....sib bek x ngidam u olls...

PurPLe LaDy AiFA said...
September 18, 2010 at 6:58 PM

muney: haha, tu bukan raya dah

rhea: ler yeker??? pontian jgk ker? kiteorg kt kukup sane..

k nana: aah kot. kasyfi sbt burasak, tp ingtkn dier men2. hahah. alolo.. nsb baek bkn mngidam.. hee. xpe2, nx year boley buat.. cam sng je cr nk buat tu, just lame sikit la nk mmbuatnye..