Ramadhan Delights: Half-Japanese Style


*Updated with recipe

Japanese style sebab ada Japanese taufoo ni je dengan ikan Salmon. Ni sebab tengok drama korea and nampak dieorg makan stew soy soup makan dengan nasik panas-panas dalam mangkuk. Terus terasa nak buat. Last year pon teringin jugak sebab tengok drama yang sama. (-_-)"

My all time favorite dari kecik-Japanese taufoo with button mushrooms 

Perlu ke share resepi? Masakan simple je ni, tapi leceh sebab i goreng dulu taufoo tu before buat kuah neh. 

Buttermilk Salmon, resepi sama macam buttermilk prawn tu, tapi prawnn jauh lebey sedap sebab aura udang tu bila dimasak dengan butter dan daun kari lebih chemistry. 

Sambal potatoes. Orang kata kalau banyak makan potatoes, bontot jd besar. Yeker? 

Makan Japanese food haruslah dalam mangkuk jugak. =D Tapi still pakai sudu garpu lagi la. Heee. 

Resepi ini nak didedicatekan kepada Cik Aanna sebab beliau menelepon guwe berkali-kali petang semalam sebab nak resepi masak ni, tapi guwe tak angkat sebab tgh rushing ke aport kejar flight yang akhirnya menyebabkan beliau tak jadi masak taufu jepong untuk berbuka sebab tak jumpa taufuu ada tanda halal. Fuh, explanation!  Ampun Aanna, ampun oi!


Ingredients:
Taufoo
Tauhu Jepong 2 bungkus ada tanda halal
Telur 2 bijik kalau saiz kecik, 1 bijik cukup dah untuk saiz besar
Tepung Gandum sesudu. 

Gravy: 
Bawang putih 2 bijik (bijik ye, bukan ulas, means guna bawang putih yang banyak)
Cendawan Butang 
Sos Tiram 
Lada sulah 
Black pepper 5 bijik kecik 
Garam 
Bancuhan tepung jagung, sikit je, jangan banyak sgt! 
Telur 


Taufu:
 
1.Beli taufoo telur yang ada tanda halal
2.Potong taufoo bulat2 dan tebal macam 1.5cm. 
3.Celupkan dalam telur yang telah distir dengan sedikit tepung. 
4.Gorengkan secara deep fried sampai kekuning-kuningan. 
5.Angkat dan toskan. 

Gravy: 

1.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih yang sudah diblend. 
2.Masukkan cendawan butang yang telah dipotong nipis dan kacau selama 2 minit. 
3.Masukkan air, 1-2 sudu sos tiram, bijian black pepper yang telah ditumbuk, lada sulah sikit dan garam. 
4.Kacau lagi dan masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh untuk memekatkan kuah. 
5.Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau sehingga masak. Masukkan tauhu yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. 
6. Untuk memeriahkan masakan, boleyla dimasukkan kacang peas (tak tau sayur atas tu nama apa)



Oh, saya suka! 

Sekian, Kamsahamida~ Arigato Gozaimasu~



11 doll(s) whispering:

ryn said...
August 19, 2010 at 11:55 AM

sedap nampak japanese taufoo tu...
ada resepi tak?

mysarah said...
August 19, 2010 at 11:56 AM

u cook all this? memang kasi tabik spring la! kalo i mesti lagi banyak (riak sebab main tunjuk kat kedai jer. haha)

Amalina said...
August 19, 2010 at 12:16 PM

owhh dearr..sunggguh nampak sgt sedapppp!!

salmon tu if u grilled, then letak sambal tumis..perghhhh

ok..stop talking about food, nanti perut i bising..hahaha

cik selamah kundang said...
August 19, 2010 at 12:42 PM

hahaha.siap dlm mangkuk.semangat sungguh

eNaSaN said...
August 19, 2010 at 1:32 PM

ermmmm adoiii time pose...owhhh sedapnya...opsss

syida_spears said...
August 19, 2010 at 3:20 PM

akak nak resipi plisss =))

Liza said...
August 19, 2010 at 8:58 PM

i love japanese taufoo, tak pernah try masak lagi

ElyaElmo said...
August 19, 2010 at 9:59 PM

purple lady.....best nyee klo pandai masak nii..masak ape2 mesti sedapppp jee :)

QueenWizza said...
August 19, 2010 at 11:30 PM

pergh smbal kentang tu enak bangat. masak sndiri ke? nnt i bg resepi k..