Pasar Filipin: Makanan Wajib Makan Di Sabah Part 2

Fuh, kesian entry KK tak habis-habis lagi ditulis. Aidathepinkgoddess dah nak sampai ke KK dah pun tapi my story tak habis-habis lagi kan? Mari kita bercerita tentang makanan lagi. I think everyone yang nak ke KK akan diinform tentang tempat nie sebab sangat famous dengan seafoods yang murah dah sedap sangat. Here you go, I'm now presenting you with the famous Pasar Filipin. Bukak time malam je ye. 

 
Budak nih comel, so kami makan di gerai dia. 


 

Pasar ni adalah deretan gerai makanan yang menjual seafood di tengah-tengahnya while dikelilingi dengan penjual sayap ayam panggang . Heaven gila tempat ni bagi sesiapa yang tak memilih tempat makan. Tapi, kalau kamu jenis yang penggeli and tak makan di gerai-gerai, abaikan saja post ini. 

 
Ikan besar-besar. Ikan kat sini memang murah, semua bawah Rm20.  



Udang sebelah kiri satu cucuk RM5. Yang lobster super besar tu tak berani nak tanya harga. 


Konsep makan di sini adalah, pilih seafood yang kamu nak, suruh dia kira, order nasi, mintak sambal belacan yang sudah siap sedia, kalau kurang kaw, buat sendiri sambal air asam di situ dan makann sampai berpeluh. Kalau makan kat sini toksah la make up lawo2, cair nanti dengan bahang panas malam dan bahang tempat bakar tue.

 
Cik Ika yang lovely ni tolong kami buat sambal air asam yang sangat sedap.  



Pengunjung di malam hari. 



Bersungguh pakcik tu makan. Nampak sangat sah-sah sedap! =)

Oh, ada dark notes jugak actually untuk pencinta makanan sekalian. Ada certain gerai yang re-heat ikan-ikan yang dah tak berapa nak laku during the previous nite, sometimes memang tak fresh gila ikan. Yang dah berulat pon ada. Tapi tak selalu la. Just depend on your luck too. Kalau dah terkena tu, anggap saja bukan rezeki kamu. Sila cuba gerai lain.   

By the way, mari kita menjamu mata makanan kami sambil menengok harga.   

 
Ini saya punya.  



Pembuka selera: Mangga cicah garam. RM1.  


 
Ikan susu: RM 12. 
Recommended sangat! Saiz-besar tapak kaki lelaki saiz 9.  Sangat fresh, lemak berkrim semua cukup. 

Udang besar gerai sebelah: RM25. 
Gerai adik comel nie tak da udang besar.  I insist dia mintak kat makcik gerai sebelah. Lain kali jangan mintak macam tue. Dieorg akan bagi harga mahal. Tak fresh. Tak sedap. Not recommended. 



Air asam buatan ika. Meleleh! 



Ikan Kerapu Bintik-Bintik: RM18 
Saiz besar kasut lelaki saiz 11. Sedap juga. Murah pulak tue. Isi tak berapa lemak sangat berbanding siakap. Tapi still fresh dah rasa semua ada. Kami tak berjaya habiskan sekor sebab terlalu kenyang. Kesian ikan. 



Sotong bakar: RM15 
Saiz: Pangjang dari hujung jari sampai ke siku. Fuh, sedap and murah. Lembut sangat, tak liat langsung. Bebaloi gilaaak makan kat sini.   



Rumpai Laut: RM1, 2 or 3 hinggit sepinggan. Depends on your request. 

Untuk sesiapa yang tak pernah makan, this food sangaaat lah sedap. Rasa obor-obor or telur ikan yang atas sushi tue. Take note that rumpai laut memang basah-basah tapi tidak berlendir macam bendi. Actually kami haritu makan rumpai yang berlendir  tanpa menyedari rumpai tersebut sudah tercemar. Padan muka esok malamnya keracunan sampai kena g toilet 10 minit sekali. Terima kasih banyak-banyak buat ika dan nana & family sebab jaga kami samapi tengah malam.   

Total kami makan that nite is RM74 for 2 ekor ikan, 1 udang, 1 sotong, sepinggan rumpai laut or Latok, 1 bekas mangga, 2 botol air mineral, 3 pinggan nasik. Murah la jugak, tak taw dia kira mcm mana.  

Oh.. Terliur sendirian tatkala menulis entry nie. Eleyh, semua entry makanan pon I terliur. Pantang tengok makanan, patut pon baju akad tak muat.

Sekian, Kamsahamida~

FurFLe NoTes: Sedang menjalani proses penjagaan makanan yang tak berapa nak strict.

 

7 doll(s) whispering:

ElyaElmo said...
April 25, 2010 at 11:25 AM

kalu g sabah...wajib g sini makan ikan bakar :D rindu nye nk g sana blikk...hu3

Kak Biena said...
April 25, 2010 at 11:47 AM

Kamek ngen eda makan mi sup kah bakso tek kah nyaman juak koh, tp yg pelik nya sikda satey!

Pandei rindu indah nangga Ika, she's such a darling! 1st time jumpa nya dgn Oscar dah rasa mcm bff!. Ppl that r so full of warmth!

Aida The Pink Goddess said...
April 25, 2010 at 12:04 PM

ika and her classic beg rotan.haha

kelak adood pun entry pun hal kk. hehe, nyaman rupa suntong ya lok!! yarabbi..

Ms. Omey said...
April 25, 2010 at 4:03 PM

its true, sini adalah tmpt mkn seafood plg murah i penah jumpa. planning to visit sabah again somewhere in July and bring along my girlfriends. mesti singgah cni nanti :)

PurPLe LaDy AiFA said...
April 25, 2010 at 5:41 PM

elya,
dulu duk sabah ke? sedap kan nak makan kat sinie.. hehe

kak biena,
erk.. siney ada bakso ngn mee sup ya? rugi eh sik cerik.. sinun kaya ngan bakso oo. nyaman2. eh aok, pasar malam rah UKM ada jual bakso super nyaman koh kak biena.. try la..

aok, she's lovely. betol yaaa.. tp kmk sik smpt jumpa oscar.. hehe


aida,
nya balit keja. tedah nya kepak2 keja dipaksa mek duak raon..

polah dood. cant wait! aok.. nyaman suntong ya!

ms omey,
kaan? sedap n murah! wajib singgah kat semua tpt mknn sedap di sabah. owh, bercuti bersama girlfrens mmg superb! have fun then. =)

ezzati said...
April 25, 2010 at 9:18 PM

sy dah pegi :)

Anonymous said...
September 4, 2013 at 8:15 AM

saya baru ja balik sabah,
sampai semenanjung cirit birit, muntah2..siap panas badan...
bila bca blog ni baru tringat, yg tghri sebelum flight tu ada makan rumpai laut ni, bebola kecil tu bila gigit keluar lendir macam bendi.
rasanya itulah punca.. :(