Review: Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet.

I gave them second chance.

Disebabkan Puncak Mutiara Café di Kampung Pelet sangat banyak diperkatakan tentang kesedapannya dan juga keglemerannya, so I was called to write another entry of this place.


Located dekat Bukit Mertajam, dekat-dekat nak sampai Permatang Pauh, you kena lalu BKE highway for convenience route, then exit dekat Kubang Semang. Susah nak explain guna ayat, so, tengok map lah bagi senang.



Puncak Mutiara Café terkenal sebab environment tempat makannya agak unik , di mana café ini terletak dalam kawasan penternakan kambing itu sendiri. Suasanan di dalam kawasan ini agak tenang dan romantik, especially kalau pegi time angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Just beware dengan bau taik kambing je lah, so kena pilih pondok makan yang jauh sikit dari kandang kambing.



PMC menghidangkan variety of food, tapi most probably pencinta makanan akan datang ke sini untuk menikmati Nasi Briyani dan juga hidangan kambing yang lain. For those yang tak makan kambing, don’t worry, daging arnab, puyuh dan itik kan ada? Begitu juga, ayam, ikan dan lembu. So, no worries k. Tengok la menu untuk memilih makanan yang berkenan di hati sebelum bertekad untuk makan di sini. 

*Click on photos untuk melihat menu ye.*

 
Briyani and Benggali


Western yang boleh tahan


Italian, Chinese Food and Malay. Cafe 1dunia.


Minuman di sini juga agak variety di mana pencinta makanan sekalian boleh memilih untuk minum minuman yang berasaskan susu kambing, jus buah-buahan, shakes dan juga ice cream and desserts. Harga pun standard berpatutan.

Shakes-shakes, shake shake it. yeah.


 


 


Menu pilihan saya pada hari tersebut adalah Lamb Chop sebab sebelum ini saya sudah mencuba Kambing Grill. Kekasyfi Hati pulak decided to have Nasi Briyani Lembu, and my sisters chose to have Nasi Briyani Puyuh dan Spaghetti Bolognaise. 



Nasi Briyani Lembu: Nasi agak kering dan tak ada rasa yang significant untuk diingati sampai sekarang. Daging lembu sedap dan lembut, dan saya sangat suka, tapi Kekasyfi Hati geli nak makan sebab potongan daging tu macam tu. (tak paham jugak). Kuah dalca yang disertakan agak cair dan tasteless tapi air asam tu boley la diterima anak tekak.


Nasi Briyani Puyuh: Review nasi, kuah dalca dan air asam sama seperti di atas. Puyuh tu pulak agak keras dan digoreng terlalu kering, memang tak patut, dan tidak sedap.


Beef Spaghetti Bolognaise: Memang dihidangkan sejemput macam ni ke wei??? Sangat sedikit dan tak berbaloi dengan harga RM8!Kuah pun tak sedap, geram sangat sampai rasa nak tolong dia di dapur masak kuah nie.


Lamb Chop: Nasib baik makanan ni wujud sebagai penyelamat. Dihidangkan dengan roti yang lembut macam dekat hotel2, gravy black pepper yang sedap dan juga daging kambing yang lembut. Potato yang dihidangkan bersama juga memuaskan hati! Rasa nak lagi.

Minuman pula, kami memilih Sirap Bandung PMC, Kalamansi, Teh PMC (yang supposed to be 3 layer tea), Jus Plum Special, dan juga Mata Kucing. Ye, 5 jenis untuk 4 orang minum.


Sirap Bandung PMC: Sirap yang dibancuh bersama ais krim soda dan juga susu kambing. Rasa sangat berlemak krim tapi, sedap la jugak.

Kalamansi: Masam-masam sebab ada asam boi. Saya sangat suka.


Teh PMC: Sangat mengecewakan. Tidak berjaya menggabungkan rasa ketiga tiga lapisan menjadikan minuman ini superb seperti 3 layer tea yang lain.

Minuman lain, tak payah review sebab tak menarik.

Selain menjamu selera,terdapat aktiviti sampingan yang boleh dilakukan di sini, seperti Memancing, Berkaraoke dan juga men-shisha. Harga, sila rujuk di dalam gambar.




Actually, ni kali kedua saya ke sini. First time dulu, pengalaman tak best sebab cashier yang memberi layanan agak tak sopan dan juga nasi briyani yang tak sedap. Maka, saya ke sini kali kedua untuk memberi peluang kedua kepada PMC kerana ramai yang kata nasi briyani di sini memang sedap. Ternyata, saya kecewa lagi sekali.

Kawan sepejabat yang saya syorkan juga berkongsi cerita tentang pengalaman makan di sini. So, kali pertama dia ke sini, makanan juga memang sedap, dan layanan memang superb. So, keesokan harinya, dia ke situ lagi membawa beberapa rakan yang lain, and they ended up with a disappointment sebab servis layanan juga tak sopan dan makanan tak begitu sedap!

Lagi satu, 1st time saya kesini, Kambing Grill memang memuaskan hati saya, tetapi Nasi Briyani mereka agak mendukacitakan. So, saya rekomenkan Kambing Grill kepada rakan secompany yang lain. However, time dia makan di situ, Kambing Grill yang dihidangkan dah nak rentung dan keras sampai boleh buat penumbuk kat lesung batu tu. Tapi, nasi briyani di PMC pulak yang dikatakan sedap.

Kesimpulan yang saya boleh buat mengenai PMC, mutu dan servis tidak konsisten. Sila perbaiki kelemahan di situ ye makcik.


Sekian, terima kasih.


FurFLe Notes: Kalau nak makan briyani sedap, satu je tempat favorite dulu, kini dan selamanya. Restoran Kapitan Keling menjadi pilihan!



20 doll(s) whispering:

kasyfi said...
March 8, 2010 at 3:55 PM

nk mkn nasi briyani kapitan lah ptg nie...huhu

Hazzy Ishak said...
March 8, 2010 at 4:04 PM

kalau tak sedap
xpayah p lah kot
teheheee

cik selamah kundang said...
March 8, 2010 at 4:24 PM

tapau skali kt kakak2.clear gk idea tu

PurPLe LaDy said...
March 8, 2010 at 5:10 PM

kekasyfi hati,
x bleyh.. harga tu lebih rm5. lebih dr budget makan kita. hahhahaa

hazzy,
hehe. kalo nak try jugak ape salahnye.. western die bleh ar, tp kalo jauh sgt tu x berbaloi nak dtg sini semata2.

cik muney,
haha.. jgn2. nnti jd triple chin

Aida The Pink Goddess said...
March 8, 2010 at 8:09 PM

apa kata eppa apply jadi hos jalan2 cari makan? or am max? hehe

PurPLe LaDy said...
March 8, 2010 at 9:15 PM

they dont want me. terlalu jujur dlm memberi review. tkt semua restaurant dkt msia x mok jmput krew jln2 cr mkn agik dh.. haha.

but i sgt x puas hati serina jd host ya! i mean, sbb bpk nya chef, so nya lyk for that???? haha

ezzati said...
March 9, 2010 at 9:10 PM

hehe..bru tgk entry ni..ngeee...hampir2 wktu sama :p ..tingin nak pegi ni...

eLy said...
March 9, 2010 at 9:57 PM

hehe.. meh mkn spagetti carbonara yg akak masak meh.. berbaloi2..

nOtCinDeReLLa said...
March 10, 2010 at 12:24 AM

aifa, setuju ngn kamu. nasi beriani dia mmg tasteless, seb baik ade air asam (tanpa air) yg 'bleh la' tu. mybe yg sedap kt ctu cuma kambing je kot.

yelah, klu lps ni xpegi lg kt ctu pun..xmnyesal. hurm..mybe dh rezeki kita time tu dpt meal yg xmemuaskn hati.

PurPLe LaDy said...
March 10, 2010 at 9:01 AM

zati,
tu la.. lmbat sikit post sbb training aritu.. try la..tp sila mkn kambing ek.. heh

k ely,
wooo, ape lagi.. hntarkan ke KP4 skrg!

not cinderella,
kan? kan? kecewa jugak ngan briyani die.. tu la. indah khabar dr rupa agaknya...

Anonymous said...
September 2, 2010 at 1:02 PM

alahai hang nih..
sbb tu org kata kalo nk p makan jangan berkira tempat tu jauh ke dak...
sbb nk try mkn jek sedap ke x..

dgn cara hang nih...
jgn jadik host la..

nk jadik host,
hang kena p try mkn kat byk tempat selain dari dalam malaysia...
baru tau cara cam na nk rasa..
kalo setakat dalam malaysia pun x habih lagi..
x payah la...

selamat mkn..

'NuReeN' said...
September 3, 2010 at 10:05 AM

thanks... sya mmg tercari2 mana lokasi cafe ni..

1st tau pasal ni dlm warung kita.. x jauh la cam ni..

kem said...
September 19, 2010 at 10:06 AM

jom pekena kat queen st. lagi wow

@xiM said...
October 25, 2010 at 11:59 AM

salam singgah..

saya baru jer pergi restoran ni..tapi macam tak syiok sangat sebab bau kambing kuat.heheee

el the man said...
December 20, 2010 at 8:51 PM

nice post,saya pun baru blog pasai puncak mutiara. My overall experience good, rusa ok aje , tapi ostrich dia sedap.

makan2food

rashidmoto said...
March 30, 2011 at 1:37 PM

sy penah pegi..
environment ok, sesuai utk bersantai ngan family..
yg lain2 yg x best pun ada.. tak perlu sy citer kt sini.. :)

Khairul said...
July 31, 2011 at 2:11 PM

Saya baru pergi dengan family hari ni, 30 Julai 2011, lunch time and guess what, separuh dari menu yang ada tak ada pada hari ni (which is ok pun coz katanya semalam ramai orang (note: alasan tu bukan kata puasa esok)Yang problem besarnya, 3/4 menu yang diorder tak sampai after 1.5 hours. Bukan saya saja coz time nak gi bayar, ada 3 customers lagi faced the same problem.

Better jangan gi kalau you are expecting hospitality and reasonable food time delivery.

dets said...
August 29, 2011 at 1:40 PM

lain org lain citarasa....

Juadah said...
December 28, 2011 at 7:54 AM

Salam. Sya baru je nak pi. Tapi tengok review dan komen mengatakan banyak yg tak best daripada yg best. mmmm... kena cari tempat makan lain ler :-)

from : juadahmalaysia.com

Anonymous said...
July 17, 2012 at 4:30 PM

pergi tuk kali kedua...
puas hati...
kambing2