Pada pukul 7.06 malam, ketika menikmati makan malam yang menyelerakan setelah 2 hari lupa nak makan nasik, handset pon menjerit2 lagu Jai Ho. Eh, jiran tersayang yang sms rupanya...


*Disclaimer: SMS ni adalah original tak da edit2. sungguh benar dan jujur, bilangan dot dot pon sama.*



Kak L Jiran:
Boleh basuh taik kucing skrang.letey dah mcm nie. Busuk taik kucing.mcm mana bau dia, tlg mai umh akak la ni boleh dak. Blh tahan tak. Or tlg ubah kucing tu sebelah sana.penyewa sebelum ni pun bela kucing.tp tak da masalah pun.akak akan inform tuan rmh skali lg mcm ni.x tahan dah la. Nak bela tak pa.tapi tolong jaga la kebersihan.sakit kepala la bau tu.alih sangkar dia sebelah sana boleh tak.jauh skit dr pintu rmh akak…janji janggu jiran.k.thanks


PurPLe Lady: Ok.


Kak L Jiran: Hrp ni last la akak ckp ek. Coz dah byk kali jd mcm ni


PurPLe Lady: K. Kalo jmpe pampers kucing kat mane2 bgtaw la ek. =D (joking)


Kak L Jiran:: Bagus nya ayat ek. X sangka gak ek zubaidi kata cr org bujang perangai elok sikit…rupa2nya mmg bagus perangai n budi bicara ek


PurPLe Lady: Trime kasih.


Kak L Jiran:: Mmm….tak pe.akak ckp kat tn rmh jaa. Payah2 bg org ja la sewa.huhu


PurPLe Lady: Ok. sopan santun budaya kita ;)


Kak L Jiran:: X pe. Mlm sat g kt jumpa skali la ngan tn rmh ya. Dia pun dah penah bau skali mcm mn rasa. Takut tn rmh x pecaya. Akak malas nak sms byk2 kali psl kucing nie. Sat2 akak dah cal tn rmh…b4 ni pun akak dah ckp mtk kerjasama jg kebersihan ja kan. Tapi jadi gak lg. hrp paham la ya


PurPLe Lady: Ok. Jgn lewat sgt ye kak…kami gadis2 x biase lepak kat luar dpn umah dgn lelaki ramai2 bkn muhrim ni.


Kak L Jiran:: Tgk tn rmh kata pe La ya…bagus la cam2



Pukul 8.45 malam, tuan rumah pon call Kak Ely suh pass pesanan dekat I… siap ckp berbisik2 lg tu...


"Tak payah la layan si Liza tu. Rimas saya dia asyik msg, call. Lepas ni kalau dia msg tak yah reply apa2 dah. Biaq p dia.."


Hooo, time kasih encik tuan rumah yang disayangi! Kami dah paham dah nape penyewa b4 nie pindah secara tiba2. Heh~


Sekian, Kamsahamida~


FurFLe Notes: Agak-agak dia letak nama aku ape ye dalam henset dier?



*+Lirik Lagu Penyembuh Rindu+*

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu


Pelik juga tapi ku pun rasa
Bagai kau berdiri disisi ku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama


Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa


Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Sekian, Kamsahamida~

FurFLe Notes: Ni hasil usaha menunggu lagu ini diputarkan di Radio Era, record guna handphone Sony Ericson, and taip lirik sambil rewind banyak kali. Google lirik lagu nie memang takkan jumpa wooo.
Dear Tesco,

See what I've found out last Friday during my visit to your store.







1 box of 250g COLGATE will cost us RM6.99. So if we buy it for 2 boxes, we need to pay RM 13.98 rite?


In this case, you have the PEK JIMAT combo for 2 boxes (same 250g).




BUT WHY does it cost me RM 14.20??? Bukankah itu extra RM0.22 lebih mahal dari pek tak jimat yang beli asing2?



Haaa, siap ada VALUE twin pack lagi tue... VALUE LAaaaaaaaaa SGT!



I terus confront pekerja yang pakai roller blade kat situ, even I know dia memang tak bersalah pon. Dier pon blur-blur. Maaf ye dik.


So HELLLLLLLooo TESCO! Better check your pricing list later. You cannot fool PurPLe Lady. =D Readers, next time please double check the PEK JIMAT price of anything before you grab it.
Sekian, Kamsahamida~
FurFLe Notes: Kompeni Yahudi memang macam ni. Kalau dah Yahudi tu memang Yahudi jugak.

Disebabkan sekarang PurPLe Lady realizes macam ramai je yang tengah pregnant sekarang, so tazkirah hari ni adalah a few ganjaran bagi wanita yang sedang hamil. Oh, hamil means pregnant ye. Hee.





Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.

Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Wah, seronoknya dapat pahala macam nie. So to all pregnant ladies, sabar dan bertabah la sepanjang your pregnancy. Jangan banyak mengeluh and ceria-cerialah sentiasa. Take care young mums!


Sekian, Kamsahamida~!

FurFLe Notes: Bersyukur sebab dilahirkan as a woman. Seriously, I think pregnant lady adalah sexy!

Dah lama PurPLe Lady tak share resepi kan? So, sempena nak raya haji ni, I dengan berbesar hati dan seikhlas yang mungkin share resepi tradisi kek lapis kukus/ bakar Sarawak ni. Mengikut kata Cik AidathePinkgoddess dengan Cik AzzatheButtercup, kek ni adalah kek baru yang rasanya sangat sedap. So ape kata korang try then show resultnya dekat I. Hee. Aida&Azza, actually entry tok khas k kitak duak molah kueh k raya aji and pos kat saya sitok. ;D
Kek Lapis Crickers
(nama canggih x boleyh blah.. Advance dah urg kinek eh!)

Bahan-bahan:
10 biji telur ayam
1 gelas gula halus
1 gelas milo
1 gelas horlick
1 gelas tepung gandum-kalau nak kukus, 1½ gelas kalau nak bakar
½ gelas tepung roti marie utk kukus, 1 gelas kalau nak kek ni dibakar
16 oz mentega atau 2 blocks mentega Buttercup
1 tin susu manis
Peanut Butter Sederhana besar
1 sudu kecil pewarna hijau
1 susu kecil perwarna kuning
Cara-cara membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. (Definition kembang: Adunan menjadi kaler putih susu, dah tak nampak langsung kaler kuning tu)


2. Masukkan telur satu per satu hingga habis. Gaul rata sampai kembang lagi.


3. Masukkan tepung gandum dan susu, sila kacau sampai rata.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian :
-1 campuran milo,
-1 campuran horlick (warna hijau)
-1 bahagian peanut butter (warna kuning)

5. Kukus berlapis-lapis hingga masak. Kalau malas boleyh bakar je dalam oven. Hasilnya pasti sedap kalau bijak membuatnya! Cuba laaa…

Ok, korang try ek. Nanti bgtaw I resultnya. Ni kira senang nak buat sebab bahan-bahan tak susah nak cari. Nak share photo kek ni time raya aritu tapi entah ke mana dia menyorok. So, selamat mencuba and Good Luck bebeyh!

Sekian, Kamsahamida~



FurFLe Notes: Macam nak share lagi sehelai resepi. Nak Kek Lapis Oreo ke Lapis India?
Kenali PM di Facebook
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com


KUALA LUMPUR 17 Nov. – Laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja berperanan sebagai platform untuk rakyat menyuarakan pandangan bahkan memberi peluang kepada semua pihak mengenali pemimpin nombor satu negara itu secara mendalam.


Hanya dengan klik ke alamat www.facebook.com/najibrazak, pengunjung boleh berkongsi maklumat peribadi Perdana Menteri yang jarang diketahui oleh masyarakat.


Selebihnya pasal berita ni, korang klik je kat sini.



Jom la add Najib beramai-ramai sebagai tanda sokongan korang. Korang ek, bukan kita.
Nasib baik laaa "makan ikan patin" tu ade, simbol makanan rakyat jelata Pahang. Kalo tak, mesti ingat ni profile PM Britain. Tak pe lah, takkan PM nak letak saluran TV1, TV3 sebagai favorite channel kan? Dia takut ter-RIAK kot sebab channel ni suka puji-puji dia. ;p

Btw, agak-agak ada tak pemimpin Malaysia nye profile macam nie?

Antara aktiviti beliau yang dipaparkan untuk tatapan pengunjung:

“Keluarga saya, membaca di PUSTAKA MUKMIN – sebuah kedai buku paling popular di Jalan TAR, KL, Malaysia, menjamu selera di Kampung Baru, bertemu orang baru, fotografi, berjalan dalam hutan dan kapal terbang."
Dengan pengunjung laman Facebook, Mr Perdana Menteri juga turut berkongsi minatnya terhadap penyanyi dan muzik pilihan beliau seperti Faizal Tahir, Aizat, Siti Nurhaliza, Raihan, Zaiton Sameon, Jamal Abdillah dan bla bla bla.
Mr Prime Minister turut menamakan filem-filem yang menjadi pilihannya iaitu Mukhsin, Sepet, Papadom yang menampilkan aktor Afdlin Shauki dan Sharifah Amani. Tak lupa juga Pisau Cukur yang baru saja ditayangkan di pawagam.


Saluran televisyen kegemaran beliau pula adalah TV1, NTV7 dan TV9
.
Gurau petang2 ye Encik Prime Minister. ;p
Tapi tengah imagine jugak tetibe Najib update status kat FB "Hari yang membosankan.." or "Hari ini hati tengah berbunga-bunga" or "Rindu nye dekat Cik Rosmah..." Lepas tu letak profile pic which is tangkap gambar sendiri guna Blackberry time dalam lif Putrajaya or gambar posing ikan bawal (bak kata Cik Anna). Korang taw gambar ikan bawal tu macam mane kan? Ni haaa contoh, pose paling femes dalam facebook masa kini!

Pose ikan bawal I: Mau nye kene bunuh ngan adik-adik aku lepas nie. Kejam punye kakak.


Pose ikan bawal II: Huish, menganiaya adik sendiri. Takpe, adikku yang ni tgh SPM. Bukan ke doa orang teraniaya akan insya allah termakbul?

Ada banyak lagi pose ikan bawal ni kat facebook, lebih baaaawaall dari adik-adikku ini. Pose ikan bawal yang extreme tu I panggil pose ikan belacak/tembakul. Tak sampai hati nak letak, mau nye kene sumpah seranah lepas tu. Korang check la sendiri. Haha. (ni la PurPLe Lady bila dah start mengutuk orang..Heh. Jangan ikut.)

Dah la. Kang tak pasal-pasal kena ISA. Korang pon jangan comment kalo tak mau kena ISA. Lepas ni kalo agak lama lah I tak update blog, either kena ISA or kena sembelih ngan adik-adik sendiri.

Sekian, Kamsahamida~

FurFLe Notes: Kekasyfi hati tak nak bukak facebook account ke? Sebusy-busy Najib pon sempat nak berfacebook. Jangan terkejut kalau tetibe korang men Restaurant City or Farmville tetibe terserempak ngan Najib tengah men skali. =D (PurPLE Lady!!! Sudah-sudah la mengutuk orang tu hoii)
Dah habes belajar pasal buat charcoal tu, kami pon pergi lunch memandangkan matahari dah naik atas kepala dan perut pon menari zapin sebab kami tak pergi breakfast Mc'D sepertimana ahli rombongan yang lain. Sebab PurPLe Lady tak makan Mc'D, penumpang Shiro yang lain kene ikut skali. Haruslah Mee Banjir Udang Mak Teh, Kuala Sepetang adalah menu wajib memandangkan warung ni dah banyak kali masuk tv (Majalah 3, Warung Kita dan rancangan TV1 yang I sendiri pon tak penah nak tengok).





Tengok la gambar neh...Dah terliur belum? Slurppp2. Nyum nyumm. Persoalan nya mestilah, camne nak pegi ke warung yang cukup popular nie? Ni haa, amik la PETA KE MEE BANJIR UDANG MAK TEH KUALA SEPETANG.

I bagi tunjuk arah la ek, map korg lukis sendiri. Tak payah GPS GPS nie.. Senang je. Dari lebuh raya PLUS, amik Exit Taiping Utara, bayar tol dan jalan terus dan korang akan jumpa first traffic light. Terus belok ke kanan dan jalan terus, terus dan terus lagi sampai jumpa simpang empat yang ada kedai KODAK kuning yang besar kat sebelah kiri. So kat traffic light simpang empat nie, belok ke kanan dan jalan je terus, terus dan terus lagi sampai jumpa papan tanda seperti di bawah ni kat sebelah kiri bahu jalan. Tahniah, sampai jugak korang akhirnya, selamat menjamu mee udang la nampaknya.




+*Ni pandangan dari luar kedai. Wasatiah je kedai nye kan? Tak pe gerai tak cantik, yang penting makanan superb and penyediaan bersih*+


+*Tengok signboard lagi dekat. Kot-kot la korang nak pegi. Cepat salin alamat and no tepon Mak Teh!*+




Makcik ni la yang amik order kami. Lupa pulak tanya nama dia siapa. Entah-entah dia la Mak Teh tauke kedai nie, menyamar jadi waitress. Zuhud giler! Tapi kalau I jadi Mak Teh pon tak heran ponn dengan serombongan orang yang setakat bawak kamera DSLR sorang satu. "Aku dah masuk tv dah oiii…!" Haha, tak de la. Mak Teh tak riak lerr, dia zuhud je…



Yey, cepat pulak Mee Udang ni sampai. Kiteorang amik saiz sederhana je, so ada la dalam 10 ekor udang dalam mee tue. Kalo campur udang besar ngan kecik, dia akan bagi dalam 12 or 13 ekor la, compensate balik. Adil tak?


+*Tengok la kekasyfi hati makan. Sedaaap sangat kot sampai tak sedar tangan pon tertunjuk BEST posing MLM time dier sedut kuah tue…*+



+*Group photo lagi. Tapi ni sebenarnya time menanti makanan penuh kesabaran. Loctor Mayat yang tangkap gambar semestinya.*+



Huh..penat tu nak kupas udang yang banyak. I nie yang allergic udang pon kena makan jugak. Selalunya kawan-kawan I saaajee je bawak makan kat tempat makan udang femes pastu tadah pinggan siap-siap sebab taw I tak makan udang. Tapi kali ni, dah disua berkali-kali pon mereka boleyh menolak sebab masing-masing dah rasa macam keracunan seafood yang terlampau. Kekasyfi hati pon dah elok tersandar sambil termengah2 sebab kenyang makan banyak sangat, pastu petang nye sebok nak jogging sebab sedar perut dah besar.


Tengok lagi sekali supaya korang lapar lagi. Ni la dia Mee Banjir Udang Mak Teh Kuala Sepetang. Panjang gler nama dia. Mula-mula ingat Mee Banjir Udang ni kuah dia yang banjir, rupanya udang-udang tu yang membanjiri mee neh. Super Sedappppppp sangat! NYuuuuuMMM~ Meh la datang Taiping lepas nie. Nak makan Kuey Teow Zolie lak..


Sekian, Kamsahamida~


FurFLe Notes: Susah gler nak taip nama Mak Teh dengan betol sebab spelling check autocorrect terus tukar Mak Teh jadi Mak The. Saaaabaar je lah. =S



Siapa sangka dah besar-besar bujang dara macam nie kita boleyh TERjoin "LAWATAN KE KILANG ARANG Mr Chuah"? Selalunya join rombongan sekolah lepas exam besar macam UPRS and PMR je, tapi sebab bersekolah kat Kuching, kami hanya pernah melawat kilang perabot dan pasu sahaja. So, hari tu Loctor Mayat mailed kata nak pegi trip ke Taiping, I pon excited nak join sebab tak perlukan kos yang tinggi seperti melawat di shopping mall. I ajak Cik Anna dengan Mr H and of course my kekasyfi hati pegi skali. Tapi sepanjang minggu sampai ke perjalanan pagi tu, telinga I dipalu-palu dengan soalan "KENAPA KNE PEGI KILANG ARANG?" blur..blur. Haaa, dah habis melawat baru korang ada kesedaran ek…?





Tengok la banner ni. Dah nama pon Kilang Arang, dengan banner-banner sekali jadi camneh. Nasib baik visitors semua tak terbakar itam legam jugak. Located in Kuala Sepetang (Taiping Area), this factory has operated since 1935. Agak lama jugak la tu because time Mr Chuah kasi taw kami, I terkejut lantas terjerit, "Wah, my father pon tak lahir lagi time tue!" So, this factory di handle oleh Chuah's brother (nama macam geng kongsi dalam filem Hong Kong) dan mereka pakai kereta besar dan mewah walaupun appearance agak sebegini. Yelah, takkan nak pakai baju Camel seluar Dockers masuk kilang arang, agak-agak la nak bergaya tu kan.




Explanations dari Mr Chuah hari tu agak mengagumkan seketika. Dia cakap English and BM dengan super fasih dan fakta-fakta yang dia share pon best, sampai kan otak I penat clear up space memory untuk simpan facts yang dia cerita sebab nak tulis dekat sini. TAPI MALANGNYA, dah nama pun I nie short term memory sebab minum air bersemut sesarang setiap hari, makanya fakta tersebut hilang time on the way nak balik rumah. Ada la jugak sikit-sikit yang boleh di recall, tapi tak payah la percaya sangat, fakta salah kang takut kena saman ngan Mr Chuah lak nanti.
Kami diterangkan dengan panjang lebarnya proses membuat charcoal nie. Ni la chamber yang nak buat arang yang Sate Kajang Hj Samuri tu selalu guna untuk bakar sate tu. Kos nak buat chamber nie adalah RM12k dan kena guna 25,000 ketul batu bata + mud dengan clay je. Tak boleh ada unsur lain and nak binanya, tak da pelan yang arkitek and jurutera nak buat rumah tu selalu bawak ke site. Tercabar tak para engineer sekalian?



Chamber ala-ala igloo tadi jugak kena sentiasa warm and tak boley nak terdedah dengan humidity demi menjaga kualiti arang. Haaa, ingat arang tu hitam legam nak buat pon senang ke? Kayu-kayu kat ni lah yang akan dimasukkan ke dalam igloo tadi dan disusun dengan padat supaya mengalami pembakaran yang sempurna. Tapi sebelum tu, jangan lupa nak buang kulit kayu yang rosak dan berkulat sebab nak hasilkan arang yang berkualiti tinggi.



*+Haa, kayu dah siap susun dah, tapi ade dua orang makhluk tuhan jugaktersusun sama. Nasib baik pakai baju pink, so nampak la contrast ngan kayu tu+*



Lepas semua kayu tadi siap disusun rapat-rapat dan double check dah tiada manusia atau hidupan bernyawa yang lain berada di dalam igloo tersebut, pintu igloo diseal dengan batu bata kecuali bahagian bawah sebab nak bakar kayu. Cantik macam unggun api dalam rumah omputeh tu kan?



Penjagaan api yang sempurna amat penting supaya seluruh chamber tidak terbakar dan ini memerlukan seorang yang sudi OT sebab kena jaga mende ni 24 jam. Setelah dibakar selama 8 hari (jangan percaya sangat fakta2 nie), kayu tadi mengalami proses cooling down jugak selama seminggu sebelum boleyh di alihkan ke luar.


+*Khusyuk giler murid-murid ni dengar explaination. Tapi bila tanye balik, sorang pon tak ingat. Cehs~!*+


+*Kunun nak steam muka, tapi tengok balik cam nak wat jampi serapah je. Agak-agak siapa mangsa nye?*+

+*Haa, nak tunjuk dia nye kayu arang paling berkualiti. Layan kan jeee pakcik neh.. *+

Dah habis explaination dr Mr Chuah, dia membebel dekat kami pasal generasi zaman sekarang yang tak pandai nak jaga kesihatan. Konon makan sayur tapi tak taw sayur tu kena sembur racun macam-macam. Nak nyahtoksidkan sayur tu pon amik masa 6 hari taw! Pastu masak guna dapur gas la, ape menda yang electromagnet yang tak pakai gas tu ntah, haa, yang tu pon sama membahayakan kesihatan. Ish ish, ni Mr Chuah yang kata haa, I tulis je and insaf sekejap la terus tak mau makan sayur cantik kat pasar. +_+ Yelah Mr Chuaaaah oii, lepas nie I buat unggun api dalam apartment yang tak siap lagi tu. Time renovation nanti I suh dierog buat. Perrgh, maunya dikata kemaruk nak duk negri omputeh tapi tak kesampaian oleh Mr Renovator tu nanti padahal niat I baik je nak jaga kesihatan.

+*Ni dah siap nak dibungkus. Pekerja ni dapat upah 16sen untuk 1 bungkus dia pack. Dia kata boleyh beli directly dari sini… Tapi pikir balik, I nak arang sikit je nak putihkan gigi. Kalo beli 5kg cm nie cam nak bakar mayat pulak…*+


+*Cubaan nak curik sekeping arang untuk putihkan gigi. Tapi niat tak jadi sebab takut kilang ni ada hidden camera and scanner. Tak pasal2 I kena tangkap dek kerna sekeping arang neh.*+


+*Yey, group photos! Ni la antara yang pegi aritu. Tetibe kteorang je yang pakai digi cam biase. Xpe2, tunggu my LX3 nanti… haha*+

Ok, lepas habis tour di sana, haruslah ada sesi photo shooting yang menjadi kegemaran ramai. Tadahlah mata korang menengok gambar konon romantik kami di Kilang Arang ek. Kalo tak nak, cepat-cepat scroll sampai bawah.


*+Gambar mereka haruslah lebih cantik dari kami kerana kerjasama yang baik dari kedua belah pihak. +*

+*Nak kena bunuh??? Eh tak, I pekerja buruh je...*+

*+Kekasyfi hati pulak jadi orang Jawa bawak bibik Indon tanpa permit turun kat M'sia.+*


+*Semua darah manis....yey! =)*+

Baiklah, Tamat dah kisah di MR CHUAH's Charcoal Factory. Lepas ni mesti ada budak-budak skolah curik artikel nie jadi projek Kajian Tempatan atau Geografi Tingkatan Satu mereka. Wahai adik-adikku, kalo nak copy paste pon, jangan lupa letak nama PurPLE Lady dekat bahagian RUJUKAN buku skrap awak tu ye. =D


Sekian, Kamsahamida~!

FurFLe Notes: Photo lain publish kat facebook je lah ek? Thank you Loctor for the nice and beautiful photos! You have always been my no1 photographer. =)


Hari Jumaat adalah hari nasihat menasihati sesama manusia. Tapi minggu nie PurPLe Lady tak sempat nak buat research pasal bab agama, maka I akan meng-paste kan nasihat yang sedia ada. Best jugak baca sebab memang kadang-kadang kita anggap yang kita buat tu betul, tapi sebenarnya kurang sempurna.

Sumber: Dato' Ismail Kamus


Mengutamakan jemputan:

Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak, dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak? Free pon free, kenyang pon kenyang, pahala dapat, sama-sama gembira.

Menghormati orang sekeliling:

Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur (tak sure lak HARAM.) Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud. Buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise.. Kalau kes baling speaker surau tu terjadi, maybe jugak sebab hal macam nie.
Khusyuk dalam solat:

Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah… Jangan pulak dah taw nak habis waktu, still nak tidur, pastu konon-konon amik alasan tertidur, so tak dosa. Salah tu...

Utamakan yang Wajib:

Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

Memuliakan tetamu:

Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..


Sekian, Kamsahamida~

FurFLe Notes: Hari tu nasehatkan abah pasal yang no 1 nie. Dia ni jenis selalu puasa 6 start raya kedua, peak time sedara mara wat open house. Naseb baek die trime nasehat anak dia yang tak berapa warak neh. Heh. Sukee~


Today I joined (actually was forced) an event at my working place. It was named Amazing Race, however, there was no race at all since we only need to queue and WAIT to complete 3 tasks and the winner will be determined by the fastest time to complete all the 3 tasks.


This event took place at the famous Sg Sedim, Kulim and held by them. Perhaps a lot of improvement on program flow could be done in the future.

Our team consists of 4 people and all have the same job role in our department. 3 tasks that we need to complete are Bertam weaving, Obstacle Quest and Flying Fox (byk sejarah dengan FF nie).Malas nak cakap banyak, tengok gambar je lah k.



*+Introducing our team: GAY Team-No wonder we're all not married YET .+*


+*Explain to the judges on why our team name is GAY Team. Seriously susah gler-gler nak explain!*+


*Answering other's concerns and curiousity. Susah nye. +_+*


+*We were forced to join this race because our team were de-motivated by our GAY co-founders' gone. *+



+*Berdebar-debar sebenarnya nak masuk hutan sebab baru nampak centipede sebesar lengan. Euuwww*+


+*Before and after the obstacle quest, gambar skema*+


+*Before the adventure-gambar tak senonoh 1. (I think I'll be killed if they knew this. Haha)*+


+*After the adventure-gambar tak senonoh 2. Actually this photo is especially dedicated to our co-founders*+


+*Cant believe I boleh join mende2 sebegini and paid for it! Pay ok, pay!*+



+*While waiting for the next tasks-mandi sungai. Oh, seronok sangat perasaan tu!*+


+*My fear factor-Flying Fox. Even tak la tinggi sangat, dah nama pon takut tinggi, time tulis nie pon dah berpeluh-peluh tangan*+



+*Sampai sini je lah yang I boleh naik. Ni pun dah nangis dah time nie. Last2, paksa teammate ganti.*+


Hmm, dah dua kali cubaan nak buat Flying Fox gagal. Kecewa.
Ok overall, even it rained heavily and the organizer was not that good, but we enjoyed it! At least we can escape for another not-so-good day in that historical lab. Sigh.


Oh, mesti entry kali ni kurang difahami sebab hanya mereka tertentu saja memahaminya. Maaf ye pembaca sekalian.


Sekian, Kamsahamida.
FurFLe Notes: Yes, I'm afraid of height. Sebab tu tak pernah nak duduk dekat tingkap dalam flight. Heee.



During School time, Wednesday was our English Day.

Vocab of the Day:

Duress, compulsion (noun) : Paksaan

Force, Coercion (verb): Paksa




...……

"Jangan memaksa. Ia mampu membawa ke arah pembunuhan."

Sekian, Kamsahamida~!


FurFLe Notes: Psiko tak?