Taiping: Lawatan Sambil Belajar I


Siapa sangka dah besar-besar bujang dara macam nie kita boleyh TERjoin "LAWATAN KE KILANG ARANG Mr Chuah"? Selalunya join rombongan sekolah lepas exam besar macam UPRS and PMR je, tapi sebab bersekolah kat Kuching, kami hanya pernah melawat kilang perabot dan pasu sahaja. So, hari tu Loctor Mayat mailed kata nak pegi trip ke Taiping, I pon excited nak join sebab tak perlukan kos yang tinggi seperti melawat di shopping mall. I ajak Cik Anna dengan Mr H and of course my kekasyfi hati pegi skali. Tapi sepanjang minggu sampai ke perjalanan pagi tu, telinga I dipalu-palu dengan soalan "KENAPA KNE PEGI KILANG ARANG?" blur..blur. Haaa, dah habis melawat baru korang ada kesedaran ek…?





Tengok la banner ni. Dah nama pon Kilang Arang, dengan banner-banner sekali jadi camneh. Nasib baik visitors semua tak terbakar itam legam jugak. Located in Kuala Sepetang (Taiping Area), this factory has operated since 1935. Agak lama jugak la tu because time Mr Chuah kasi taw kami, I terkejut lantas terjerit, "Wah, my father pon tak lahir lagi time tue!" So, this factory di handle oleh Chuah's brother (nama macam geng kongsi dalam filem Hong Kong) dan mereka pakai kereta besar dan mewah walaupun appearance agak sebegini. Yelah, takkan nak pakai baju Camel seluar Dockers masuk kilang arang, agak-agak la nak bergaya tu kan.




Explanations dari Mr Chuah hari tu agak mengagumkan seketika. Dia cakap English and BM dengan super fasih dan fakta-fakta yang dia share pon best, sampai kan otak I penat clear up space memory untuk simpan facts yang dia cerita sebab nak tulis dekat sini. TAPI MALANGNYA, dah nama pun I nie short term memory sebab minum air bersemut sesarang setiap hari, makanya fakta tersebut hilang time on the way nak balik rumah. Ada la jugak sikit-sikit yang boleh di recall, tapi tak payah la percaya sangat, fakta salah kang takut kena saman ngan Mr Chuah lak nanti.
Kami diterangkan dengan panjang lebarnya proses membuat charcoal nie. Ni la chamber yang nak buat arang yang Sate Kajang Hj Samuri tu selalu guna untuk bakar sate tu. Kos nak buat chamber nie adalah RM12k dan kena guna 25,000 ketul batu bata + mud dengan clay je. Tak boleh ada unsur lain and nak binanya, tak da pelan yang arkitek and jurutera nak buat rumah tu selalu bawak ke site. Tercabar tak para engineer sekalian?



Chamber ala-ala igloo tadi jugak kena sentiasa warm and tak boley nak terdedah dengan humidity demi menjaga kualiti arang. Haaa, ingat arang tu hitam legam nak buat pon senang ke? Kayu-kayu kat ni lah yang akan dimasukkan ke dalam igloo tadi dan disusun dengan padat supaya mengalami pembakaran yang sempurna. Tapi sebelum tu, jangan lupa nak buang kulit kayu yang rosak dan berkulat sebab nak hasilkan arang yang berkualiti tinggi.



*+Haa, kayu dah siap susun dah, tapi ade dua orang makhluk tuhan jugaktersusun sama. Nasib baik pakai baju pink, so nampak la contrast ngan kayu tu+*



Lepas semua kayu tadi siap disusun rapat-rapat dan double check dah tiada manusia atau hidupan bernyawa yang lain berada di dalam igloo tersebut, pintu igloo diseal dengan batu bata kecuali bahagian bawah sebab nak bakar kayu. Cantik macam unggun api dalam rumah omputeh tu kan?



Penjagaan api yang sempurna amat penting supaya seluruh chamber tidak terbakar dan ini memerlukan seorang yang sudi OT sebab kena jaga mende ni 24 jam. Setelah dibakar selama 8 hari (jangan percaya sangat fakta2 nie), kayu tadi mengalami proses cooling down jugak selama seminggu sebelum boleyh di alihkan ke luar.


+*Khusyuk giler murid-murid ni dengar explaination. Tapi bila tanye balik, sorang pon tak ingat. Cehs~!*+


+*Kunun nak steam muka, tapi tengok balik cam nak wat jampi serapah je. Agak-agak siapa mangsa nye?*+

+*Haa, nak tunjuk dia nye kayu arang paling berkualiti. Layan kan jeee pakcik neh.. *+

Dah habis explaination dr Mr Chuah, dia membebel dekat kami pasal generasi zaman sekarang yang tak pandai nak jaga kesihatan. Konon makan sayur tapi tak taw sayur tu kena sembur racun macam-macam. Nak nyahtoksidkan sayur tu pon amik masa 6 hari taw! Pastu masak guna dapur gas la, ape menda yang electromagnet yang tak pakai gas tu ntah, haa, yang tu pon sama membahayakan kesihatan. Ish ish, ni Mr Chuah yang kata haa, I tulis je and insaf sekejap la terus tak mau makan sayur cantik kat pasar. +_+ Yelah Mr Chuaaaah oii, lepas nie I buat unggun api dalam apartment yang tak siap lagi tu. Time renovation nanti I suh dierog buat. Perrgh, maunya dikata kemaruk nak duk negri omputeh tapi tak kesampaian oleh Mr Renovator tu nanti padahal niat I baik je nak jaga kesihatan.

+*Ni dah siap nak dibungkus. Pekerja ni dapat upah 16sen untuk 1 bungkus dia pack. Dia kata boleyh beli directly dari sini… Tapi pikir balik, I nak arang sikit je nak putihkan gigi. Kalo beli 5kg cm nie cam nak bakar mayat pulak…*+


+*Cubaan nak curik sekeping arang untuk putihkan gigi. Tapi niat tak jadi sebab takut kilang ni ada hidden camera and scanner. Tak pasal2 I kena tangkap dek kerna sekeping arang neh.*+


+*Yey, group photos! Ni la antara yang pegi aritu. Tetibe kteorang je yang pakai digi cam biase. Xpe2, tunggu my LX3 nanti… haha*+

Ok, lepas habis tour di sana, haruslah ada sesi photo shooting yang menjadi kegemaran ramai. Tadahlah mata korang menengok gambar konon romantik kami di Kilang Arang ek. Kalo tak nak, cepat-cepat scroll sampai bawah.


*+Gambar mereka haruslah lebih cantik dari kami kerana kerjasama yang baik dari kedua belah pihak. +*

+*Nak kena bunuh??? Eh tak, I pekerja buruh je...*+

*+Kekasyfi hati pulak jadi orang Jawa bawak bibik Indon tanpa permit turun kat M'sia.+*


+*Semua darah manis....yey! =)*+

Baiklah, Tamat dah kisah di MR CHUAH's Charcoal Factory. Lepas ni mesti ada budak-budak skolah curik artikel nie jadi projek Kajian Tempatan atau Geografi Tingkatan Satu mereka. Wahai adik-adikku, kalo nak copy paste pon, jangan lupa letak nama PurPLE Lady dekat bahagian RUJUKAN buku skrap awak tu ye. =D


Sekian, Kamsahamida~!

FurFLe Notes: Photo lain publish kat facebook je lah ek? Thank you Loctor for the nice and beautiful photos! You have always been my no1 photographer. =)

9 doll(s) whispering:

Aida The Pink Goddess said...
November 16, 2009 at 2:37 PM

besssstt nya, lamak sik pegi with-a-cause mcm tok, selalu nak enjoy jak!, time PMR pegi kilang pasu, wth! ahahahhaa...

anyways, baju pink awak itu amatlah menarik! heee

and kekasyfi ikut sekali yer! hehe

cik selamah kundang said...
November 16, 2009 at 2:59 PM

gambar yg dah melalui lembaga penapisan ala2 finas..kwang2

al-Wann said...
November 16, 2009 at 3:14 PM

wah cm best jer kan..
info pon agak mnarik gak..
dr arang hingga ke sayur tue..hehe

AiFA Cho-CHang said...
November 16, 2009 at 6:01 PM

aida,
yalah.. zaman dah besar tok slalu g tpt2 spt shopping complex jak2. sekda nya nak melawat muzium dh besa tok oo.. huhu

heh, baju murah jak, tpi bdn sy pendek, bencik sy nangga bahagian atas jd gemok.

yes, finally nya mok ekot. heh

cik selamah,
semestinya. gambar len terlalu esklusif.

al wann,
cam kanak-kanak skolah dibawak cekgu g jejalan.. huhu. info sume dr mr chuah! heh

LoctorMayat said...
November 16, 2009 at 7:01 PM

apa macham... lepas balik rumah badan ada bau arang?

Hahahha

Aida The Pink Goddess said...
November 16, 2009 at 7:05 PM

nyalah ya, dah tua2 tok, shopping complexes dont amaze us anymore...

i dun c any kegemukan on u..hahaa cantik baju ya, bunga2 pink, i like, kekasyfi sepatutnya pakey baju pink juak! hee

kasyfi said...
November 16, 2009 at 10:06 PM

kaler pink skit2 ok lah, wasatiah dlm pemakaian(pink kaler) kn kan bgs... bersederhana jer...huhuhu..

AiFA Cho-CHang said...
November 17, 2009 at 12:36 AM

loctor,
yesssss.. very bau arang. rasa macam baru kena panggang! hehe.

aida,
agree sgt2!dah besa dah kita tok owh..

huhu. xda makna nya kasyfi nak makey pink yg byk. nya kan hitam manis (bak katanya) perasan. hehe. sbb baju ya pink and bunga2. sesuai k g picnic sbnrnya, bukan k g kilang arang. haha.

kekasyfi hati,
waaahhhhh, dear tulis komen!!!!! kagum and rasa nak sujud syukur, tp keadaan tidak mengizinkan.. ;p