Taiping II: Lawatan Sambil Makan

Dah habes belajar pasal buat charcoal tu, kami pon pergi lunch memandangkan matahari dah naik atas kepala dan perut pon menari zapin sebab kami tak pergi breakfast Mc'D sepertimana ahli rombongan yang lain. Sebab PurPLe Lady tak makan Mc'D, penumpang Shiro yang lain kene ikut skali. Haruslah Mee Banjir Udang Mak Teh, Kuala Sepetang adalah menu wajib memandangkan warung ni dah banyak kali masuk tv (Majalah 3, Warung Kita dan rancangan TV1 yang I sendiri pon tak penah nak tengok).





Tengok la gambar neh...Dah terliur belum? Slurppp2. Nyum nyumm. Persoalan nya mestilah, camne nak pegi ke warung yang cukup popular nie? Ni haa, amik la PETA KE MEE BANJIR UDANG MAK TEH KUALA SEPETANG.

I bagi tunjuk arah la ek, map korg lukis sendiri. Tak payah GPS GPS nie.. Senang je. Dari lebuh raya PLUS, amik Exit Taiping Utara, bayar tol dan jalan terus dan korang akan jumpa first traffic light. Terus belok ke kanan dan jalan terus, terus dan terus lagi sampai jumpa simpang empat yang ada kedai KODAK kuning yang besar kat sebelah kiri. So kat traffic light simpang empat nie, belok ke kanan dan jalan je terus, terus dan terus lagi sampai jumpa papan tanda seperti di bawah ni kat sebelah kiri bahu jalan. Tahniah, sampai jugak korang akhirnya, selamat menjamu mee udang la nampaknya.




+*Ni pandangan dari luar kedai. Wasatiah je kedai nye kan? Tak pe gerai tak cantik, yang penting makanan superb and penyediaan bersih*+


+*Tengok signboard lagi dekat. Kot-kot la korang nak pegi. Cepat salin alamat and no tepon Mak Teh!*+




Makcik ni la yang amik order kami. Lupa pulak tanya nama dia siapa. Entah-entah dia la Mak Teh tauke kedai nie, menyamar jadi waitress. Zuhud giler! Tapi kalau I jadi Mak Teh pon tak heran ponn dengan serombongan orang yang setakat bawak kamera DSLR sorang satu. "Aku dah masuk tv dah oiii…!" Haha, tak de la. Mak Teh tak riak lerr, dia zuhud je…



Yey, cepat pulak Mee Udang ni sampai. Kiteorang amik saiz sederhana je, so ada la dalam 10 ekor udang dalam mee tue. Kalo campur udang besar ngan kecik, dia akan bagi dalam 12 or 13 ekor la, compensate balik. Adil tak?


+*Tengok la kekasyfi hati makan. Sedaaap sangat kot sampai tak sedar tangan pon tertunjuk BEST posing MLM time dier sedut kuah tue…*+



+*Group photo lagi. Tapi ni sebenarnya time menanti makanan penuh kesabaran. Loctor Mayat yang tangkap gambar semestinya.*+



Huh..penat tu nak kupas udang yang banyak. I nie yang allergic udang pon kena makan jugak. Selalunya kawan-kawan I saaajee je bawak makan kat tempat makan udang femes pastu tadah pinggan siap-siap sebab taw I tak makan udang. Tapi kali ni, dah disua berkali-kali pon mereka boleyh menolak sebab masing-masing dah rasa macam keracunan seafood yang terlampau. Kekasyfi hati pon dah elok tersandar sambil termengah2 sebab kenyang makan banyak sangat, pastu petang nye sebok nak jogging sebab sedar perut dah besar.


Tengok lagi sekali supaya korang lapar lagi. Ni la dia Mee Banjir Udang Mak Teh Kuala Sepetang. Panjang gler nama dia. Mula-mula ingat Mee Banjir Udang ni kuah dia yang banjir, rupanya udang-udang tu yang membanjiri mee neh. Super Sedappppppp sangat! NYuuuuuMMM~ Meh la datang Taiping lepas nie. Nak makan Kuey Teow Zolie lak..


Sekian, Kamsahamida~


FurFLe Notes: Susah gler nak taip nama Mak Teh dengan betol sebab spelling check autocorrect terus tukar Mak Teh jadi Mak The. Saaaabaar je lah. =S


7 doll(s) whispering:

Aida The Pink Goddess said...
November 17, 2009 at 11:46 AM

OMG, i have always loved mee udang! but never tasted the ori one like this! huhuhuhu mauuu esok pegi taiping la!!!

AiFA Cho-CHang said...
November 17, 2009 at 12:44 PM

aida,
yes, this is superb delicious and the ori from mak teh's kitchen! hehe. jom la, datang penang, i'll bring you jalan2

cik selamah kundang said...
November 17, 2009 at 1:37 PM

wei..terasa semakin teruja nih.nk ajak sapa nih

~dARlee zURiS~ said...
November 17, 2009 at 1:48 PM

sedap betul ke?
ada org ckp tak sedap tapi ramai org makan.
so..mood nak menerai terus ilang

Jard The Great said...
November 17, 2009 at 2:21 PM

lain kali.. ajakla aku skali.. ehehe

al-Wann said...
November 17, 2009 at 2:40 PM

aiseh udang sgt3 sedp maa..nak rse gak..tliur tgk korg mkan..huhu

AiFA Cho-CHang said...
November 17, 2009 at 4:00 PM

cik selamah,
ajak la buah hati pengarang jantung yang dlu kurus sekarang gebu tue.. huhu. xyah jauh2 p taiping, p sg dua dah ckp.. heh

zuris,
actually mangkuk org nye kurg sedap, tpi mangkuk member sebelah sdp gler. org nye die rush nak wat mcm kuah cair and lp nak letak full ingredients. tapi yg member sblh nye cukup sume and rasa la manis udang dlm kuah tue..

jard,
bleh2.. tp ko ni jauh naa..trn la sini.. kte leh wat trip makan2 edisi utara

al-wann,
huhu, tu la, aritu br rasa nikmatnye udang.. tetibe rasa cm sedap lak binatang nama udang neh..meh2, trn sini makan2. heh