Ketidaksempurnaan yang kita selalu lakukan


Hari Jumaat adalah hari nasihat menasihati sesama manusia. Tapi minggu nie PurPLe Lady tak sempat nak buat research pasal bab agama, maka I akan meng-paste kan nasihat yang sedia ada. Best jugak baca sebab memang kadang-kadang kita anggap yang kita buat tu betul, tapi sebenarnya kurang sempurna.

Sumber: Dato' Ismail Kamus


Mengutamakan jemputan:

Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak, dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak? Free pon free, kenyang pon kenyang, pahala dapat, sama-sama gembira.

Menghormati orang sekeliling:

Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur (tak sure lak HARAM.) Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud. Buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise.. Kalau kes baling speaker surau tu terjadi, maybe jugak sebab hal macam nie.
Khusyuk dalam solat:

Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah… Jangan pulak dah taw nak habis waktu, still nak tidur, pastu konon-konon amik alasan tertidur, so tak dosa. Salah tu...

Utamakan yang Wajib:

Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

Memuliakan tetamu:

Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..


Sekian, Kamsahamida~

FurFLe Notes: Hari tu nasehatkan abah pasal yang no 1 nie. Dia ni jenis selalu puasa 6 start raya kedua, peak time sedara mara wat open house. Naseb baek die trime nasehat anak dia yang tak berapa warak neh. Heh. Sukee~

2 doll(s) whispering:

al-Wann said...
November 14, 2009 at 3:30 AM

wah info dan nasihat yg sgt2 bguna..thanx..arini dpt kukuhkn lg kefahaman sal hukum hakam nie..

AiFA Cho-CHang said...
November 14, 2009 at 6:57 PM

huhu... bgs la cm tu. hrp2 mmberi mnfaat kt sumer... =)