Hey Jejaka(s)!: Petua mencari jodoh.

Bertemu lagi kita di ruangan tazkirah Jumaat dalam PurPLe Lady's. Ni khas untuk para jejaka yang tengah memilih pasangan. Iqra'-lah yang di bawah nie ye. Jangan sampai terpilih gadis-gadis atau wanita-wanita dari kelompok ini. Good Luck! =D


1) Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan
sakit atau buat-buat sakit.


-ok, golongan pertama. Ramai jugak rasanya perempuan jenis macam nie. Baru je ditimpa masalah yang tak seberapa nak digelar masalah dah nak mengeluh. Tension lah, (ayat Cik Muni. jangan marah noo. Tapi xpe, sebab dia di Sabah skrg;p) stress lah, sedih la..sampaikan semua benda adaaaaa je nak dingomel. Lelaki nak amik jadi isteri pun tak jadi sebab bernanah nak tadah telinga dengar complain yang itu ini setiap hari. Sekali sekala tu ok la sebab nak bermanja-manja, tapi kalau dah tiap hari 12 jam/7 hari seminggu macam nie, tak ke naya?


2) Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami. Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.

-haaa, ni kes ungkit-ungkit nie. Memang la lumrah kebanyakan perempuan memang suka nak ungkit2 balik, tapi takkan semua benda pon nak ungkit? Sampaikan baru je berkorban sikit pon nak ungkit seminggu. Salah sikit je laki tu, die ungkit lagi. Gila tak ikhlas macam tue.

3) Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

-oh, yang ni I pon baru taw. Tak boleh ek bgtaw sayang dekat anak bekas suami? Wallahualam. Hmm, siapa boleh terangkan?

4) Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

-owh, ini perkara yang paling senang nak dijadikan contoh. Rasanya PurPLe Lady pon kadang-kadang macam nie jugak. Nampak je benda-benda menarik dijual tak kira di shopping mall atau pasar malam, terus mata bersinar-sinar memandang ke arah kekasyfi hati selama 3 saat (tak boleyh lebey2, dosa.) Dengan harapan dia faham maksud di sebalik panahan mata kurang 3 saat itu. Tapi selalunya dia akan cakap "Nak ke?" Heee. So, yang ni kira paksa ke tak ek? Astaghfirullah, marilah kita sama-sama berubah. *Oooowwwwwhh.. BARU perasan something! Patut pon kekasyfi hati tangguh wedding kami. Entah2 sebab dia dah baca artikel nie.*

5) Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

-Maksud pertama: dengan kata lain, wanita gila berhias perasan dirinya barbie doll. Tak pernah lagi jumpa pompuan sebegini, 24 jam depan cermin. Gila ngesep bak kata orang Sarawak. Tapi kalau perempuan yang pantang tengok cermin, trus berhenti berjalan dan terus belek2 muka and tudung setiap kali nampak cermin (waima CERMIN TINGKAP LORI TANAH LALU KAT SEBELAH sekalipon!!!), tu pernah la jumpa. Nampak benda yang boleyh reflect muka, terus betulkan tudung.

-Maksud kedua: Kuat merajuk yang melampau. Sikit-sikit nak merajuk. Masaaaammm je muka sentiasa. Ada kan perempuan macam nie? Laki tu nak pujuk cam mane dah pon tak taw. Muka muncung semacam je, padahal depan rezeki. Mengade-ngade lak. Depan rezeki mane leh macam tu. Waktu makan sepatutnya waktu yang paling menggembirakan untuk setiap manusia. Tengok Malaysian, kalau nak celebrate ape2, mesti g makan. Sebab ape? Nak semua gembira, makan laa..


6) Wanita Syadaqah: banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

-perghhh, yang nie memang tak boleyh tahan laaa. Kalo bising tak tentu hala ni siapa yang tahan. Malaikat kiri kanan pun sampai penat nak dengar dia ckp ape, ni nak catat dosa pahala dia lagi. Bak kata ustaz time tazkirah Ramadhan kat Kulim Perdana aritu, "perempuan ni memang adeee je mende dia nak gossipkan. Padahal dia duk depan tv tengok drama, tapi kucing lalu depan rumah senyap-senyap pon dia leh bebelkan. Tak bersalah pon kucing tu! tak pasal2 jadi mangsa gossip" Heh. Aah, ramai jugak dengar pompuan bermulut bising nie, macam diri sendiri jeee.. Baiklah, lepas ni nak senyap and jd anti-sosial terus. = *zip mulut*

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang
mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah".

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Ok, itulah dia tazkirah hari ini. Sekian, Kamsahamida~

10 doll(s) whispering:

Aida The Pink Goddess said...
November 6, 2009 at 11:46 AM

moga2 kita terkeluar dr golongan ini, ameeen,

megilat muka! makey shimmering ajak2 nya.hehe

ezany said...
November 6, 2009 at 3:01 PM

thanks for sharing.. sesape yg dlm golongan tu sila berubah cpt2.. nnt tak kawen lak..

AiFA Cho-CHang said...
November 6, 2009 at 3:42 PM

aida,
yalah.. ameen.
hahaha... aok eh. makey strobe cream MAC ya kali..

ezany,
no problem, benda baik kne share bersama. =) hee, tu la, kne brubah cpt2. heee.

al-Wann said...
November 6, 2009 at 5:43 PM

tips yg sgt bguna..xmau pmpn cm tue..boikoott..haha

Ani Inherown said...
November 6, 2009 at 9:28 PM

good info. thank you so much :)

AiFA Cho-CHang said...
November 6, 2009 at 10:53 PM

al wann,
good luck! heee. ;p

wani,
jom sama2 kita mengelak jd perempuan cm nie..

aidathepinkgediks said...
November 11, 2009 at 12:27 AM

ai??
bukan awak & kwn awak aidathepinkhideous tu tergolong skali ke... terutama wanita no.5

AiFA Cho-CHang said...
November 11, 2009 at 9:09 AM

thepinkgediks,
eh, lame tak nampak ek? lama tak trime komen2 yang membina neh.. heh. wanita no 5? tak la, xde sebab kami nak kilatkan muka kurniaan tuhan ini..foundation pon kami xder, cmne nak kilatkan..hoho

btw, hati2. jgn sampai awk jatuh ke wanita no 1. huuu

aidathepinkgediks said...
November 13, 2009 at 1:11 AM

sah bimbo... hahaha asal x ckp pakai glitter2 magicdust skali? or spray silver metallic kalo nak kilatkan muka...
makeup mcm tepung 1 kilo.

wanita 1? i think it suits u more. gambar rumah kena pecah pun nak kecoh siap ambik gambar muka tua drama2 lg

AiFA Cho-CHang said...
November 14, 2009 at 7:17 PM

wah, taw awk psl make up2 ni ek. amende yg awk ckp tue? sy xtaw sbb x pakai make up tepong 1 kilo.. hoho.


hahha.yang gambar tu kira mengeluh ke? tu saje wat gempak, bukan mngeluh la sayang..