Yeker non-Muslim people tak boleh bagi Salam???


Wah! Sudah ada segmen tazkirah oleh PuRPLe Lady sekarang. Dah lama dah tinggalkan ilmu-ilmu yang dituntut dalam Pendidikan Al Quran dan Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah dulu. Ye ye, I tahu akhlak I pun banyak lagi nak diperbaiki, tapi tak salah kita share pasal hal-hal sebegini kan? So, I akan share tentang elemen Islam yang I selalu amalkan dulu, sebab nak share semua, I sendiri tak mencapai tahap tu lagi. (Insya allah, Doa-doakan lah ye). Tapi I tak berani la nak tulis lebih-lebih, bahaya. Tak pasal-pasal blog ni kena Flag macam blog Hj Kahar yang perasan Rasul Melayu tue.



+*Mereka lah yang bersungguh-sungguh buat birthday party for me*+

Oleh kerana hidup I memang dikelilingi dan diceriakan oleh rakan-rakan bukan Islam (non muslim), maka I sering ditanya perihal-perihal Islam yang mereka curious nak tahu. So, segmen tazkirah dalam PuRPLe Lady ni adalah berdasarkan soalan-soalan yang ditujukan kepada I selama ini.

Ok, kita back to the basic. Tentang memberi salam nie. My non muslim friends yang bersemangat 1Malaysia nie selalu terikut-ikut untuk memberi salam seperti orang Islam yang lain. One of my friend, James, siap salin lagi atas kertas semata-mata nak sebut dengan betul. Salin yang versi panjang pulak tu! Lepas tu jerit-jerit panggil I dalam lab sebab dia dah boleh sebut dengan lancar! Heee, comel kan? But, do they know what's the meaning of that? Don’t worry friends, there's no dark meaning behind.



ASSALAMUALAIKUM yang selalu disebut-sebut bermaksud SALAM SEJAHTERA KE ATAS KAMU. Like just a normal greeting, tapi disebut dalam bahasa arab. Macam "An young ha se yoo" yang I selalu sebut tu. Kalau niat baik tak salah kan? Another non muslim friend yang selalu bagi salam dekat kami juga pernah kena tegur dengan rakan muslim yang lain sebab memberi salam. Dia cakap orang non muslim tak boleh bagi salam. Ye ke? I google tentang isu ni and found out ulama bercanggah pendapat tentang nya. Hmmmm. Wallahualam.



Ok, kalau orang non-muslim bagi salam dekat kita, how would we answer them? Sama juga, still bermacam pendapat tentang hal nie. Tapi, berdasarkan kesimpulan saya, jawab lah WAALAIKUMSALAM juga yang bermaksud DAN SALAM SEJAHTERA JUGA KE ATAS KAMU. Kan jatuh hukum WAJIB kalau nak menjawab salam nie. Orang tu dah doakan kesejahteraan kita, haruslah kita membalasnya dengan kebaikan. Islam ajar kita memuliakan kaum lain, tak pernah ajar suruh bergaduh tanpa sebab.



Dulu pernah ada orang kata, kalau orang non muslim beri salam, kita kena jawab WAALAIKUMUSSAM, yang bermaksud 'Dan ke atas kamu kecelakaan'. Kenapa kita nak ucapkan macam tu terhadap orang yang berniat baik terhadap kita? Mereka bukannya nak menyakitkan hati kita pun, jauh sekali nak mencederakan kita. Setelah dikaji balik (padahal baca artikel je) rupanya ada kisah disebalik nie. Dulu, zaman Rasulullah, orang Yahudi dan Nasrani ni selalu bagi greeting yang mendoakan bukan-bukan terhadap orang Islam, that’s why timbul WAALAIKUMUSSAM ni. Ok, get it? So lepas ni, if you guys bagi salam, and ada org jawab macam ni, you ask him or her directly, kenapa tak jawab WAALAIKUMSALAM?

So, tak salah kalau orang bukan Islam bagi salam dekat orang Islam kalau niat itu baik. Yang tak boleh nya hanyalah yang muslim start bagi salam dekat meraka. Reason? Something about darjat. Kepada yang muslim pulak, jangan emo tak pasal-pasal bila mereka bagi salam dekat kamu.

So, kawan-kawan berbeza agama sekalian, jangan lah takut-takut nak bagi salam. Mari kita sebut dengan betul.

AS-SALA-MU-ALAI-KUM!
*Salam sejahtera ke atas kamu*

Sweet je bila dengar bunyi pelat dalam cubaan nak bagi salam ni kan? Ehe. =)

Sekian, Kamsahamida~

FuRFLe Notes: Suddenly teringat rakan-rakan lepak dalam bilik time matriks (Baun, Lisa and Ritty) and Unimap dulu (Cheryl, Poh Mun, Shirley). Ohh.. I miss you guys!


+*Our last picnic before graduate*+

12 doll(s) whispering:

Jard The Great said...
October 30, 2009 at 11:11 AM

ko pandai ckp cina tak? ehehe

AiFA Cho-CHang said...
October 30, 2009 at 11:26 AM

jard,
mesti laaaaaa TAK! hahahhaa. taw "ni se chu aa" je.. cara nak mengamuk dengan berkesan. haha

Aida The Pink Goddess said...
October 30, 2009 at 2:36 PM

salam alaiki ya jamila..hhee

AiFA Cho-CHang said...
October 30, 2009 at 2:51 PM

aida,
that's for you! =)

Aida The Pink Goddess said...
October 30, 2009 at 4:10 PM

ada indah.haha k awak la, saya ngecek balit kepakaran bhasa arab.hehehe

ezany said...
October 30, 2009 at 6:30 PM

lupa lak dulu ustaz ckp ape.. tp rasanya tak boleh jwp waalaikumussalam kot.. kena jwp lain..

AiFA Cho-CHang said...
October 30, 2009 at 8:33 PM

ezany,
erk? tapi bukan waalaikumussam either kan? ke waalaikum je?

al-Wann said...
October 30, 2009 at 9:41 PM

entri yg sgt informatif!klu was2 nak jwb blik salam tue, bek xpyah jwab jer laa..he2

AiFA Cho-CHang said...
October 30, 2009 at 10:37 PM

al wann,
hee.. tazkirah jumaat. huu.. jawab dlm ati je lah. =)

AiFA Cho-CHang said...
October 30, 2009 at 11:08 PM

Al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya Al-Adab al-Mufrad di bawah tajuk Bab Kaif al-Radd ‘ala Ahl al-Zimmah (Bab Bagaimana Menjawab Salam Kafir Zimmi) meriwayatkan kata-kata Ibn ‘Abbas: “Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman (maksudnya dari Surah al-Nisa ayat 86) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu” (riwayat ini bertaraf hasan).

Aida The Pink Goddess said...
October 31, 2009 at 1:04 AM

Dalam menghuraikan ayat surah al-Mumtahanah ini Sheikh Al-Albani (rahimahullah) menyebutnya dalam bentuk qiyas; “Tidak syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan menyebut secara jelas as-salamu’alaikum, lalu kita menjawabnya sekadar wa’alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini kerana kita menyamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-saamu ‘alaikum (kemusnahan ke atas kamu). Inilah kezaliman yang nyata”.

Daripada fakta-fakta di atas, Dr Mohd Asri membuat kesimpulan, “… Maka menjawab salam bukan Islam di zaman ini adalah satu kewajipan dari segi nas dan tanggungjawab dakwah.”

AiFA Cho-CHang said...
October 31, 2009 at 1:14 AM

wah, isu hangat. wallahualam... kita sambung jumaat depan. =)