Shah Alam I: Ku akuiku sangat2 menginginkanmu

Gi mana caranya mau menghilangkan rasa capek, dukacita dan stress akibat problem yang menimpa-nimpa? Haruslah bersosial secara tidak liar dan lokasi yang dipilih adalah tidak dekat kepada tempat problem, maka Shah Alam menjadi pilihan.

Kami naik bas EraMesra yang meng-own tagline "NAIK SELALU" dengan tiket berharga RM33. Bertolak pada pukul 11 malam, kami berjaya sampai dengan selamat di Shah Alam pada pukul 4.30 pagi (lambat kerna bas terlalu banyak persinggahan, macam semua tempat je ada org nak turun) Semestinya tempat penginapan /makan kami yang terletak di Seksyen 30-Kota Kemuning telah ditaja oleh Cik Anna Gorgeous. Terima kasih kepada gadis ini!

Sudah-sudah. Masa untuk menjamu selera mata anda dengan gambar-gambar sosial yang langsung tidak liar.



+*Che' Wan Ira mentutorkan kembali pemakaian selendang kepada Cik Anna*+



+*Inilah tuan rumah yang lebih bergaya daripada pelancong-(nak lawan ketinggian my Lady Gaga's heels)*+


+*PurPLe Lady yang jadi Pinky pada hari ini menjadi jakun apabila bertemu dengan si pokok rambutan*+

First destination: Mydin USJ sebab nak beli hadiah kahwin Cik Aizura (aah, beli hadiah kawen dekat Mydin je..)

Disebabkan kami kebuluran tahap maksima, kami singgah sahaja ke mana ada makanan dan kebetulan Food Court ada makanan yang banyak dan pelbagai pilihan, maka lunch kami pada hari pertama adalah di situ.


+*"Eh, eh, sama pink pulak mereka nih" Anna dan Wan Zack dimakruhkan jeles!*+


+*"Amik la gambar kami pulak" Comey x? ;p*+

(Cik Anna mesti faham kenapa gambar ini di edit sebegini, kan? kan?)


+*Air asam boi tambah asam limau-paling sesuai untuk mereka yang mengidam kerana mengandungkan anak perempuan *+



+*Bakal pengantin berwindow shopping di butik baju pengantin yang cantik*+


Next destination: Jusco Bukit Tinggi

The only photo ada 1 sebab bila dah masuk dalam sana, semua macam pemburu binatang berkeliaran lari kerana memburu barang pujaan masing-masing

Cik Anna and Pak Mat: Nak memburu Tako Tao
Che' Wan Ira: Memborong Baju-baju di Jusco
PurPLe Lady: Memburu Heels Lady Gaga, pyjamas untuk party company and sushi!

*+Pink and Purple-Nice!+*

Next destination: Open house di Rumah Fiza Chanteq di Seksyen 24, Shah Alam. Kesian dekat tuan rumah kerana menunggu kami sampai tertidur atas sofa depan tv. Dia dah siap masak spiral pasta goreng lagi sebelum pukul 8 kerana kami berjanji nak ke sana padahal time tu kami tengah menikmati sushi di Aeon Bukit Tinggi lagi. Alih-alih, pegi open house ni pukul 11 malam.


+*Tak pernah sangka boleh sampai di rumah Fiza*+



+*Bergambar lagi sebab still tak leh terima hakikat, pergi BERAYA di rumah Fiza*+


Next destination: Uptown Shah Alam. Tujuan nak beli Crocs palsu tapi setelah di try, rasa tak berbaloi dengan harga nya. So, meneruskan misi untuk mencari baju sweet and carpet picnic ala-ala Inggeris untuk picnic di tepi tasik demi memujuk kekasyfi hati nanti. Yang dijumpa hanyalah dress picnic yang sangat-sangat sweet. =) Gambar tak da sekeping pun kerana photographer utama merajuk dengan si kekasih. =D


Sekian, Kamsahamida~


3 doll(s) whispering:

+ cik pinky boomboom + said...
October 14, 2009 at 1:57 PM

tajuk dia...dia buat dah..aku xbley terima lg dgn brg piknik itu.

Aida The Pink Goddess said...
October 14, 2009 at 2:17 PM

nyaman naa upa aik samboi yaaa, kecur aiek liur..

AiFA Cho-CHang said...
October 14, 2009 at 2:22 PM

cik pinky boomboom,
well, song of the day. ler.. nape xleyh trime lagi? kan dah tunjuk siap wat demo lagi smlam..

aida,
nang sangat nyaman. sayang sy xpat minum ais ariya..