Resepi Tradisi Kek Kukus Sarawak


Selamat datang ke segmen Uli-uli-Putar-Putar bersama Aifa Cho Chang. (Teringat time kecik2 dulu suka belajar masak bersama Ela dan Eli walaupun resepi mereka entah hapa-hapa) Ye, hari ini saya akan mengajar kamu cara membuat kek sebagaimana yang telah saya janjikan sebelum ini.

Saya pilih kek ini sebab kek ini adalah kek kukus yang tak boleyh nak diposkan dari Sarawak ke Semenanjung atau Sabah, apatah lagu UK, Jepun, US. (kononnya ada penbaca dari sana) Confirm berkulat sebab kek kukus ni tak tahan lama. Tapi, itu yang menyebabkannya SUPER SEDAP sebab ke-moist-an nya yang sangat ketara.

Okey, sila cepat-cepat amik pen dan kertas, dan salin!

Oh, sebelum itu, mari lah kita sama-sama berdoa supaya umi saya tak tergerak hati nak baca entry nie sebab dia tak tahu yang saya suruh adik saya (Siti Syazana-dia suruh saya letak nama dia) curi resepi ini dari buku resepi umi yang setebal Hikayat Merong Mahawangsa itu.


Kek Madu Kemenyan
(Kalo korang takut tetamu tak berani makan lepas dengar nama ni, sila tukar jadi Kek Cinta Aifa)

Bahan-Bahannya:

1 botol Horlick kecil (zaman Mesolitik dulu guna Horlick botol, zaman sekarang guna Horlick paket)
10 biji telor ayam bersaiz sederhana (kan dah ckp, nie resepi lama, that's why ejaan telur jadi TELOR)
16 oz. mentega (kalo guna butter ketul tu seperti brand buttercup, guna dua ketul)
1/2 tin susu manis
1 1/2 gelas gula halus (Bukan gula bancuh air tue ye)
1 1/2 gelas tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan tepong roti marie
2 sudu makan golden syrup ataupun madu/honey (org Sarawak panggil golden syrup, canggih x?)


Cara membuatnya:

Mentega dan Susu dipukul rata sehingga kembang kemudian dibahagi kepada 2 bahagian. (Butter tadi akan bertukar jadi kaler kuning ke putih, baru dikira kembang ye..)

Asing putih telur dan kuning telur

Pukul putih telor dengan 1 gelas gula sampai kembang, (Adunan jadi putih jugak) Kemudian masukkan ke dalam sebahagian mentega tadi. (Mentega Part 1) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil adunan itu diputar. Kemudian kuar rata-rata.

Pukul kuning telur dengan setengah gelas gula hingga naik (Naik sampai berbuih ringan). Kemudian masukkan mentega sebahagian tadi (Mentega Part 2) . Masukkan horlick, golden syrup, koko, dan serbuk roti (sedikit demi sedikit) dan sila gaul sampai sebati.

Kemudian masukkan dalam acuan (9incx9inc) yang telah dialas menggunakan kertas minyak dan disapu sedikit mentega. Adunan di masukkan secara bertompok-tompok (guna senduk atau sudu) kemudian dikukus selama 3-4 jam. (Guna periuk kukus yang besar macam org jual kuih slalu guna tue) Jangan lupa tutup acuan guna aluminum foil dengan rapat tanpa ada satu lubang pun.

Perkara paling penting ialah semua adunan kena kembang.
Sila email saya cepat-cepat kalau ada soalan dan malu nak tanya disini. (miftahulaifa@gmail.com)
Org Kuching mun malas nak molah, order jak ngan kamek. Hee.

Selamat mencuba ye~ Kamsahamida…!


Ini adalah gambar raya tahun lepas. Kek Madu Kemenyan adalah yang sebelah kiri bawah.

13 doll(s) whispering:

~dARlee zURiS~ said...
September 10, 2009 at 1:17 PM

banyak nye kek lapis raya korang ek.

thn lepas buat kek lapis biasa pun sampi nak surrender.letih menunggu
tahun nie....nanti hjg bulan nie beli kat kuching je lah.
heheeee...

Aida The Pink Goddess said...
September 10, 2009 at 1:48 PM

bila bali kch pa? yummy2, kek semuanya nyaman2.hehe

al-Wann said...
September 10, 2009 at 2:39 PM

wah pndainya buat kuih..trliur aku baca entri nie..

QueenWizza said...
September 10, 2009 at 3:33 PM

wah cmbest je.. bhn2 cmbest.
sedap kek ni epa? recommended ke?? hehe..

AiFA Cho-CHang said...
September 10, 2009 at 3:38 PM

zuris,
hee... ramai tetamu, kne wat kek lebeyh sikit..

tu la.. kalo nk wt lapis mmg kne spare mase sepanjang hari..tp smbil tue leh juagak update facebook ke, ym ke.. surirumah dah moden skrg.. :)

aida,
next week, rabu. sik sabar nya sy.. yalah, kek nang nyaman. kek apa dpolah awk taun tok tek?

al wann,
huhu.. x la pandai sgt pon.. biase2 je..eh, jgn terliur lebeyh sgt, nnti batal pose..

en_me,
mmg!

AiFA Cho-CHang said...
September 10, 2009 at 3:39 PM

wizza,
aah.. sedap.. x manis sgt, x tawar pon.. lembut2 gitu.. try la..rekemen nie..

cik seLamaH KunDang said...
September 10, 2009 at 4:23 PM

terbyg.terbyg..pyh kalo terbyg ni..kena pekena 1 slice kira setel

AiFA Cho-CHang said...
September 10, 2009 at 4:41 PM

cik selamah,
dipersilakan kerana kek anda sudah sampai.. jemput ek.. wat mcm umah sendiri.. ;p

Aida The Pink Goddess said...
September 10, 2009 at 5:30 PM

waa, next wed ek? kita raya bila a? hehe

leh bukak posa sama2 oh.he

taun tok nak molah kek holiday inn lok.he

AiFA Cho-CHang said...
September 10, 2009 at 9:07 PM

yes.. sik lamak bah raya.. dah 20hari posab tok bah.. hehe. sik saba! juh juh.. mun sik sempat bukak posa sama, jalan raya sama pon boleyh.. kita dah berjaya bah... sik la malu gilak nak berjalan raya.. hahahhaha.

eNaSaN said...
September 14, 2009 at 12:05 PM

besh tau mkn kek lapis srwK..dulu my bro dok srwK slalu time raye bawa blK..



nk suh kamu wat kan leH...hik3

AiFA Cho-CHang said...
September 14, 2009 at 1:37 PM

enasan,
oh yeke? dah biase rse ek?ur bro duk mane dlu? huhu. leh je nak wat kan. tp kne tggu i balik swak dlu le.. hehe