Fahrin Ahmad kata, BERBALOI-BALOI!

Eh, Kamu orang dah beli kuih raya ke belum? Ni, kuih yang nak hidang kat tetamu, yang susun dalam balang cantik yang percuma lepas beli barangan dekat emporium tue… dah beli ke?

Kalau kamu orang jenis yang kiamsiap atau bahasa manjanya-KEDEKUT SUPER BAKHIL setaraf dengan saya, mesti kamu orang berfikir sejenak ala-ala tengah bertakafur sebelum mengeluarkan duit membeli ALMOND LONDON yang berharga puluh2 ringgit untuk 50 bijik. Paling sakit hati, (Jangan ikut perangai buruk ni) tak sampai 5 minit dihidangkan, anak-anak jiran kamu habiskan sekelip mata je satu balang tu. Lepas tu selerakkan sampah tu kat carpet baru yang beli ratus-ratus kat a-bang-la jual carpet. Penat kamu bersihkan guna penyedut hampagas malam raya tu kan? Sadis gilak!
Dengan itu, saya telah menemui satu method untuk menghidangkan kuih raya sedap tapi murah dan tidak akan ada kertas yang disepah merata-rata selepas anak-anak jiran kamu berkunjung.

Ni haa.. Beli je CHIPSMORE PAKET KECIL yang berharga RM1.85 untuk banyak bijik (rasanya lebih dari 10 helai dalam 1 paket tue) . Kalo beli 10 paket, baru RM18.50. Mana nak dapat biskut sedap macam nie dengan harga gini? Truth or dare?
Oleh yang demikian, Mr Ai-Fa yang sedang berjimat kerana terpaksa menanggung nafkah perbelanjaan saya telah memborong 10 paket. Juruwang di Tesco pon membuat muka pelik semasa kami membuat pembayaran. Nanti nak cari kat pasaraya besar yang lain, mana taw boleyh dapat harga yang kurang 1-2 sen dari yang nie. (kedekut lagi)
Chips Ahoy tu untuk disorok kat dapur time raya, bukan utk dihidang.
Oh WARNING! Kaedah ini tidak boleh digunakan dalam keadaan berikut:

Kamu bersaudara dengan makcik-makcik yang beraya ke rumah kamu semata-mata nak bermegah-megah sambil compare langsir baru, perabot baru, baju raya siapa lagi cantik, gelang emas siapa lagi besar, kuih raya yang dia buat lagi sedap, anak-anak dia lagi hebat.. Dan perkara lain yang sespesis dengannya. (Yang musykilnya, Padahal baru je dia bermaafan dan bersalam-salaman dgn kita kat depan pintu rumah tadi..)


Ok, sekian. Kamsahamida!


FurFLe notes: Mood Korea lepas layan drama Korea. Ditambah pula berita sensasi Mariam @ Kim Soon Ae kat semua newspaper. Sedekah je lah Al Fatihah kat dia. Kesian anak-anak dia risau...

9 doll(s) whispering:

ezany said...
September 9, 2009 at 3:26 AM

bagus gak idea camni.. tak pernah terpikir lak.. mmg berbaloi-baloi la.. hahaha..

AiFA Cho-CHang said...
September 9, 2009 at 9:24 AM

heee... hanya sesuai utk org kedekut macam sy je. tp lps tu xdak org nak dtg beraya..heh

eLy said...
September 9, 2009 at 9:39 AM

beberapa helai biskut ke pa?

~dARlee zURiS~ said...
September 9, 2009 at 9:41 AM

serious?
wohoo..tak penah terpk pulak idea camnie
boleh diguna pakai nie.heheee...

QueenWizza said...
September 9, 2009 at 10:15 AM

hahaha mmg berbaloi2..
ala2 chip buat sndiri tp sebenarnye chipsmore

idea bernas! hehe

cik seLamaH KunDang said...
September 9, 2009 at 10:22 AM

brilliant idea..tp jgn ko nk idang kt umah ngaku buat plak.goreng pale dlm kuali terus!ahaha

AiFA Cho-CHang said...
September 9, 2009 at 11:53 AM

ely,
aah, helai je. kalo chipsmore besau br layak panggil keping.. hehe

zuris,
betol serious nie..heh. sila lah guna. tp kalo rajin, leh wat sendiri jugak. kalo mls mcm saya je pakai idea gini

wizza,
huhu. sila guna pakai kalo yakin xde org taw tu chipsmore beli..

selamah,
ala.. cm x biase wat cmtue...nnti i x bgtaw kat semua.. xbgtaw nie..betoll

al-Wann said...
September 9, 2009 at 2:21 PM

tips bjimat utk raya!very practical one..

AiFA Cho-CHang said...
September 9, 2009 at 3:38 PM

hehe.. sila lah cuba.. =)