Berlalu lah sudah Ramadhan, Sebulan Berpuasa...


I should say this Ramadhan is the best Ramadhan I ever experienced since I started working. (Padahal baru keje setahun). All things which happened this year were so meaningful that I wont ever delete from my memory. Thanks to everyone who make my Ramadhan so meaningful.

Some highlights for this year's Ramadhan:

1. Saya tidak pernah berbuka di luar. Always di rumah KP4, Baitul Asza and rumah my sis-in-law in Kajang. Love it as I feel ease and comfortable, no rush and not lonely.
2. Berniat nak sembahyang terawikh 10 malam terawal and 10 malam terakhir sahaja…Tapi, hmm. Insya allah tahun depan try buat full.
3. Rasanya semua drama Melayu sempena Ramadhan kat ASTRO saya tengok…Pelakon paling laku mestilah Nasir Bilal Khan and Nur Khiriah. Pandai mereka berlakon air mata nie. Sesuai dengan bulan puasa nie, E! Channel entah ke mana.
4. Semua pekerja di tempat saya bekerja (terutama team saya) mengalami sindrom puasa temasuk yang yang bukan Melayu. Datang kerja paling awal pun pukul 9 (alasan bangun sahur), balik kerja awal (konon nak berbuka), tapi semuanya menuju ke Bazaar Ramadhan beramai-ramai. Rasa macam bawak pelancong dari China pergi melancong.
5. Datang pergi kerja pun sebab nak main Street Fighter, layan blog org terutama Kahar yang mengaku Rasul Melayu tue, tengok drama Korea and merapu-rapu. Semua gara-gara something big yang akan happen after Raya nanti.
6. Awal Ramadhan dulu budak KP4 bukan main lagi membeli makanan cukup-cukup dan tidak membazir. Tapi dah lama-lama tue, kalo pegi je Bazaar, sorg mesti bawak berplastik-plastik balik.
7. Menu kegemaran bukak puasa saya mestilah Nasi Kerabu dekat Bazaar Stesen Bas Kulim, Taufu Fa sedap sangat2 dekat Bazaar Kilang Lama dengan Nasi Lemak Kukus dan Kelang Lama (sahabat-sahabat opis kata x sedap. Heh. ;p)
8. Abah x sakit tahun nie. Alhamdulillah…
9. Lastly, saya lebih menghargai orang-orang di sekeliling saya terutama my Family, Mr Ai-fa, rakan-rakan serumah dan sahabat-sahabat office. Tak taw lah lepas nie boleh ber-Ramadhan bersama-sama ke tak.. ;( I heart you ALL!

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN!
Sekian, Kamsahamida~!